Harian Metro

TINGKAT POTENSI PELAJAR MISKIN

Dua calon SPM dari keluarga kurang berkemampu­an capai kecemerlan­gan impak program Empower ECER

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

“Saya

ingin ubah nasib keluarga,” kata Muhamad Yusof Alam, 18, yang memperoleh keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan itu teruja apabila memperoleh gred A dalam subjek Matematik selepas menyertai program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Muhamad Yusof berkata, dia datang daripada keluarga kurang berkemampu­an.

Katanya, bapanya meninggal dunia dua tahun lalu kerana penyakit tua manakala ibunya bertarung nyawa selepas disahkan menghidap kanser payudara.

“Untuk menampung perbelanja­an keluarga, kami sekeluarga bergantung hasil perniagaan mi yang diambil alih kakak selepas ibu sakit.

“Pendapatan yang diperoleh hanya RM500 sebulan yang digunakan untuk menampung perbelanja­an harian dan kos rawatan ibu.

“Kami perlu sentiasa berjimat cermat dan merancang perbelanja­an harian,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia berdepan masalah menguasai subjek Matematik namun tidak mampu untuk membayar yuran tuisyen.

“Saya bersyukur apabila dapat sertai program Mathematic­s

Boot Camp yang banyak memberi pendedahan teknik menjawab soalan dengan betul, sekali gus memperoleh A dalam subjek Matematik.

“Selain itu, saya dapat sertai tuisyen percuma di sekolah di bawah Program Empower ECER yang amat bermanfaat untuk mengulangk­aji pelajaran yang kurang mahir,” katanya.

Bagi Nur Salsabila Jusoh, 18, yang memperoleh keputusan 7A dalam SPM baru-baru ini berkata, program Empower ECER banyak membantu pelajar kurang berkemampu­an sepertinya.

Pelajar SMK Laloh, Kuala Krai itu berkata, selepas bapanya meninggal dunia, tanggungja­wab menyara keluarga digalas kakaknya yang bekerja sebagai kerani.

“Saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.

“Program Empower ECER menyediaka­n bantuan kelas tuisyen percuma dengan mendedahka­n teknik menjawab peperiksaa­n dengan betul. Saya juga sangat teruja setiap kali menghadiri program

NLP (Neuro-Linguistic Programmin­g) yang banyak membantu saya meningkatk­an potensi diri dan berfikiran lebih positif,” katanya.

Program Empower ECER Latihan Akademik sebahagian daripada Program Pembanguna­n Modal Insan anjuran Majlis Pembanguna­n Ekonomi Wilayah

Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama rakan strategik, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesiona­l (iCEPS) Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Program ini membantu pelajar berlatarbe­lakangkan keluarga dari kategori kumpulan B40.

Program ini memberikan impak besar di dalam peningkata­n pencapaian pelajar UPSR, PT3 dan SPM.

 ?? FOTO IHSAN EMPOWER ?? MUHAMAD Yusof menunjukka­n keputusan SPM.
FOTO IHSAN EMPOWER MUHAMAD Yusof menunjukka­n keputusan SPM.
 ??  ?? NUR Salsabila bersama ibunya.
NUR Salsabila bersama ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia