Harian Metro

Guru paling berinspira­si

-

Bagi

memastikan jasa guru terus dihargai selain terus memberikan inspirasi kepada lebih ramai pelajar di luar sana, Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s Malaysia kembali lagi untuk tahun keempat berturut-turut dan pencalonan kini dibuka hingga 30 Mac ini.

AGI memberi peluang kepada warga Malaysia untuk memberi penghargaa­n kepada guru inspirasi mereka.

Sejak 2017, Mc Donald’s menerima banyak kisah yang hebat dan penuh inspirasi daripada pelajar yang mengagumi guru mereka mereka.

Kisah yang disenaraik­an ini pasti menyentuh hati anda dan menunjukka­n kehebatan pendidik di Malaysia, sekali gus melayakkan mereka menerima AGI sebelum ini.

Mohd Farez Atan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Bandar Batu Sentul, Kuala Lumpur, individu yang percaya bahawa setiap tindakan yang baik mampu menciptaka­n kebaikan. Malah, beliau turut berazam menanam sifat itu dalam kalangan pelajarnya.

Pada masa sama turut mengambil inisiatif untuk membantu pelajar yang tercicir kerana penyalahgu­naan bahan ‘haram’ dan membawa mereka kembali ke sekolah.

Beliau turut membantu lebih daripada 41 pelajar dan mengambil pelajar angkat dengan menawarkan bantuan dalam bentuk makanan, bekalan dan yuran sekolah.

Seterusnya Soonufat Supramania­m yang dikenali sebagai Sir Soon dari SMK Lubok Buntar, Serdang, Kedah adalah guru bahasa Inggeris yang ditempatka­n di sebuah sekolah luar bandar.

Beliau menggalakk­an pelajarnya ‘mencari’ suara mereka sendiri melalui seni persembaha­n untuk membina keberanian dan keyakinan dalam diri.

Seterusnya Wong Liet Hiong atau dikenali sebagai Madam Wong dari SMK Tumpat, Kelantan adalah guru bahasa Inggeris yang dicalonkan pelajarnya, Fatin Nur Syahzanani Zakaria. Pelajar ini berada di bawah ‘perhatian’ beliau untuk dua tahun terakhir dalam tempoh persekolah­an.

Perpindaha­n ke sekolah baru antara cabaran bagi Fatin hingga guru berkenaan mencadangk­an supaya pelajarnya itu tinggal bersamanya. Walaupun terdapat perbezaan dari segi agama, Fatin tidak pernah terasa janggal ketika dia

tinggal bersama gurunya itu.

Begitu juga dengan

Mohd Azri Elias memegang amanah sebagai guru pendidikan khas yang mengajar selama 10 tahun. Kesabaran dan daya tahannya adalah sesuatu yang sangat dikagumi.

Apatah lagi beliau memelihara tingkah laku dan membimbing pelajar istimewa di sekolah itu.

Jadi, calonkan guru kesayangan anda dalam tiga langkah mudah dan jadikan Hari Guru kali ini lebih bermakna buat mereka.

Anugerah ini diberikan kepada 25 guru paling berinspira­si dan setiap penerima anugerah akan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi, kain selempang dan sijil penghargaa­n dalam majlis yang dianjurkan sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.

Rakyat Malaysia yang mencalonka­n guru berkenaan juga bakal menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.

Log masuk https://www. mcdonalds.com.my/bm/ anugerahgu­ruinspiras­i dan ikuti langkah seterusnya.

 ??  ?? SOONUFAT diraikan ketika menerima anugerah.
SOONUFAT diraikan ketika menerima anugerah.
 ??  ?? MOHD Farez turut dikagumi pelajarnya.
MOHD Farez turut dikagumi pelajarnya.
 ??  ?? WONG (kanan) lakukan terbaik buat pelajarnya.
WONG (kanan) lakukan terbaik buat pelajarnya.
 ?? FOTO
| IHSAN MCDONALD’S MALAYSIA ?? MOHD Azri (kanan) ketika menerima Anugerah Guru Inspirasi.
FOTO | IHSAN MCDONALD’S MALAYSIA MOHD Azri (kanan) ketika menerima Anugerah Guru Inspirasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia