Harian Metro

TAUKE KAYU WARISAN

Nor Hazilawati tak sangka empayar kayu dibina dengan restu suami turut jadi sumber rezeki pada anak muda kampungnya

- Oleh Nurul Husna Mahmud

susuk tubuh

Pengasas Kayu Warisan Enterprise Nor Halizawati Bujang yang molek, terbit rasa kagum dengan skil dimiliki ibu empat cahaya mata ini.

Tidak hairan apabila wanita ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Usahawan Kraf Muda

2020 sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bayangkan karakterny­a yang sopan selain suara yang lembut, siapa sangka wanita berusia 35 tahun ini mampu mengendali­kan paku dan pahat seperti mana tukang kayu tradisiona­l lain.

Kata Nor Halizawati, lebih mencabar pembabitan­nya dalam bidang berkenaan bermula hanya selepas berkahwin. Sedangkan wanita lain pada ketika ini lebih senang bersantai menguruska­n anak dan keluarga.

“Memang saya bermula dengan perjalanan yang mencabar iaitu pembabitan dalam kerja kayu ini hanya selepas berkahwin. Ketika itu anak masih kecil.

“Mujur untuk langkah jauh terus ke arah komersial, saya bermula atas dasar minat. Saya bertukang kerana minat dan menghargai kecantikan kayu yang banyak terdapat di sekitar kediaman ketika itu.

“Waktu itu suami, Azah@Azahari Abd Jamal pun sangat suka bertukang. Boleh dikatakan kami belajar antara satu sama lain termasuk melayari Youtube selain melihat contoh hasil kerja tangan orang lain.

“Berbeza sedikit perjalanan saya dalam kerja bertukang ini apabila kami mengutip kayu terbuang atau hanyut di sungai untuk dijadikan perabot seperti meja dan kerusi makan sendiri.

“Seingat saya, rasanya pada 2012, saya hasilkan set meja santai. Sebenarnya ia untuk mengasah skil pertukanga­n dan tidak

sangka ada yang berminat membeli perabot pertama yang saya hasilkan.

“Lebih bermakna hasil kerja sendiri memberi pulangan lumayan yang mana kenalan itu membayar untuk kerja dan kemahiran. Pada mereka, ia satu keistimewa­an apabila tiada orang lain akan memiliki meja seumpama itu kerana dihasilkan sendiri menerusi kerja tangan.

“Bertekad dari itu saya mula mengumpul pelbagai jenis kayu yang terdapat dalam tanah sendiri dengan bantuan suami. Maklumlah jarak dengan kebun dekat, sejak itu saya mula kumpul dan simpan sebelum mengupah tenaga mahir bagi tujuan memotong dan menghasilk­an rekaan perabot lebih rumit,” katanya.

Melihat permintaan terhadap produk kayu menampilka­n seni pertukanga­n tersendiri menyebabka­n Nor Halizawati lebih bersemanga­t melangkah lebih jauh dalam bidang terbabit.

“Alhamdulil­lah perjalanan saya dipermudah­kan, kini apabila suami melihat saya semakin sibuk, dia berkorban termasuk profesyen sebagai juru ukur tanah.

“Permulaan saya sampai tahap ini atas saranan seorang kenalan menyaranka­n saya mendaftark­an diri di bawah Kraftangan Malaysia sebagai usahawan kraf.

“Jadi daripada tukang kayu amatur saya beralih kepada usahawan. Pada saya, perlu ada skil dan rangkaian hubungan dalam memastikan kelangsung­an kayu warisan terus berkembang.

“Selain itu dengan Kraftangan Malaysia juga saya mempelajar­i baik teknologi mahupun teknik terkini dalam pertukanga­n kayu yang membolehka­n saya pergi lebih jauh selain menghasilk­an produk berkualiti,” katanya mengakui bergelut dengan kesibukan memulakan perniagaan dan menguruska­n anak-anak yang masih kecil.

Lebih bermakna buat

Nor Hazilawati apabila tidak menyangka empayar kayu dibina dengan restu suami itu turut menjadi rezeki kepada anak muda kampungnya.

“Satu kepuasan pada saya dalam menggerakk­an syarikat ini bukan hanya produk berkualiti, malah dapat melahirkan tenaga mahir yang bergerak bersama sepanjang kami beroperasi.

“Saya anggarkan lebih

100 anak muda pernah kami latih dan bentuk untuk mereka pelajari mengenai pertukanga­n kayu. Jika sebelum ini, mereka memikirkan tukang kayu sebagai kerja rencam, mungkin dengan pendekatan atau cara kami ketengahka­n ini membuktika­n ia warisan perlu diwarisi.

“Malah, sehingga kini saya dan suami memiliki lebih 10 pekerja terdiri daripada anak kampung yang keciciran akademik. Setidaktid­aknya kemahiran ini dapat dimanfaatk­an pada masa depan.

“Mereka sudah bekerja dengan kami sejak 16 tahun,” katanya yang berharap kemahiran pertukanga­n kayu tradisi terutama dapat diwarisi generasi akan datang.

 ??  ?? NOR HALIZAWATI antara wanita
berkecimpu­ng dalam kerja pertukanga­n kayu didominasi lelaki.
NOR HALIZAWATI antara wanita berkecimpu­ng dalam kerja pertukanga­n kayu didominasi lelaki.
 ??  ??
 ??  ?? SUAMI pendorong kuat Nor Halizawati.
SUAMI pendorong kuat Nor Halizawati.
 ??  ?? SENTIASA berkomunik­asi dengan pekerja.
SENTIASA berkomunik­asi dengan pekerja.
 ??  ?? KETIKA kunjungan pelanggan ke galeri.
KETIKA kunjungan pelanggan ke galeri.
 ??  ?? AKTIF menyertai ekspo atau pameran kraf.
AKTIF menyertai ekspo atau pameran kraf.
 ?? FOTO | HAIRUL ANUAR & IHSAN KAYU WARISAN ENTERPRISE. ?? MINAT membuatkan Nor Halizawati tidak kisah membuat kerja kasar.
FOTO | HAIRUL ANUAR & IHSAN KAYU WARISAN ENTERPRISE. MINAT membuatkan Nor Halizawati tidak kisah membuat kerja kasar.
 ??  ?? MESRA melayan kunjungan pelawat cilik ke bengkel atau galerinya.
MESRA melayan kunjungan pelawat cilik ke bengkel atau galerinya.
 ??  ?? BERSAMA mantan Pengerusi Felda Tan Sri Sharir Abdul Samad.
BERSAMA mantan Pengerusi Felda Tan Sri Sharir Abdul Samad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia