Harian Metro

TIADA PERINTAH DARURAT

Anggota tentera mula digerakkan esok bantu polis pantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Khidmat anggota tentera akan mula digerakkan esok bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat peningkata­n dari segi pematuhan rakyat untuk terus berada di rumah setakat ini namun masih ada yang tidak mempedulik­an arahan daripada kerajaan khususnya polis.

Katanya, walaupun mempunyai kuasa dan akta sendiri, polis masih lagi melakukan tindakan awal dengan memberikan nasihat supaya penduduk tidak berada di kawasan terbuka seperti padang permainan dan restoran serta tempat lain.

“Kerajaan ucap setinggi-tinggi terima kasih kerana rakyat sedar dan patuh untuk berada di rumah. Bagaimanap­un, masih terdapat insiden di mana ada yang tidak mempedulik­an arahan daripada kerajaan malah ada yang tidak mempedulik­an arahan daripada pihak polis,” katanya semalam.

Ismail Sabri juga menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanak­an.

“Semalam (kelmarin) pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, posting dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong.

“Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancanga­n untuk perintah darurat. Malah, kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya.

“Begitu juga kononnya pihak tentera akan menyemburk­an racun serangga untuk membasmi wabak Covid-19 ini menggunaka­n helikopter. Jadi saya harap rakyat tidak percaya dan boleh semak menerusi hotline dengan kementeria­n masing-masing,” katanya.

Pada masa yang sama, polis akan meneruskan sekatan jalan seperti biasa yang mana setakat ini 11,000 kenderaan telah diperiksa.

Ismail Sabri dalam pada itu menegaskan kerajaan tidak berniat atau merancang untuk mengumumka­n darurat seperti yang disebarkan pihak yang tidak bertanggun­gjawab melalui media sosial sejak semalam.

Sementara itu, beliau berkata, mana-mana individu yang tidak sihat namun tidak melaporkan kepada pihak berkuasa, ia adalah satu kesalahan.

“Pihak polis boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka, ini termasuk 4,000 individu dari kumpulan tabligh yang menyertai perhimpuna­n di Seri Petaling yang masih tidak tampil untuk membuat pemeriksaa­n,” katanya.

Beliau berharap mereka yang berkenaan tampil membuat pemeriksaa­n dan tidak menunggu sehingga pihak polis datang ke rumah mereka.

“Ini adalah demi kebaikan diri sendiri, orang yang tersayang, keluarga dan masyarakat di sekitar,” katanya.

“Tiada dalam perancanga­n untuk perintah

darurat

Ismail Sabri

 ??  ?? SEORANG penumpang memakai topeng muka ketika berada di dalam gerabak yang kosong susulan hari ketiga pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan di Stesen Komuter Shah Alam, semalam.
SEORANG penumpang memakai topeng muka ketika berada di dalam gerabak yang kosong susulan hari ketiga pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan di Stesen Komuter Shah Alam, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA polis memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak bersiar-siar di sekitar Jalan Masjid India, semalam.
ANGGOTA polis memberi nasihat kepada orang awam supaya tidak bersiar-siar di sekitar Jalan Masjid India, semalam.
 ??  ?? KEADAAN sebuah pusat membeli-belah di sekitar Ampang yang lengang, semalam.
KEADAAN sebuah pusat membeli-belah di sekitar Ampang yang lengang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia