Harian Metro

Warga emas ingkar arahan ujian saringan

-

Labuan: Disebabkan keras kepala dan enggan menjalani ujian saringan Covid-19, warga emas di sini ‘dijemput khas’ polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan untuk ke hospital.

Lelaki berusia 68 tahun itu kontak pertama anaknya yang menghadiri perhimpuna­n jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor, hujung bulan lalu.

Dia sebelum itu diperintah­kan petugas kesihatan untuk hadir secara sukarela selepas anak lelakinya melakukan ujian saringan dan dikuaranti­n di Pusat Kuarantin Hospital Labuan.

Keengganan­nya memaksa sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah hadir di rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Beduan, Bebuluh di sini kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad berkata, anggotanya hadir selepas siasatan pihak Hospital Labuan yang mendapati anak lelaki warga emas itu tinggal serumah dengannya.

“Pada 17 Mac lalu, warga emas itu diarah hadir secara sukarela, tetapi tidak mengendahk­an arahan sebelum sepasukan petugas perubatan ke rumahnya untuk membawa lelaki itu.

“Ketika itu dia juga enggan memberi kerjasama menyebabka­n pasukan kesihatan menghubung­i polis untuk bantuan.

“Seorang pegawai dan dua anggota polis memberi bantuan kepada pihak hospital dan menggunaka­n kekerasan secara minimum seperti peruntukka­n Seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya, semalam.

Beliau berkata, lelaki itu berjaya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menjalani ujian Covid-19 dan perintah kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin.

Video lelaki dijemput polis dan petugas perubatan turut tular di media sosial sejak malam semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia