Harian Metro

POLIS JEMPUT JEMAAH

Lelaki sertai perhimpuna­n tabligh di Masjid Seri Petaling dibawa ke hospital jalani saringan

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Seorang lelaki dipercayai terbabit dengan kumpulan tabligh yang menyertai perhimpuna­n di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur bulan lalu dibawa menjalani rawatan ke Hospital Lama Alor Setar di sini, semalam.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan tidak pernah menjalani pemeriksaa­n di mana-mana hospital atau klinik kerajaan selepas pulang dari perhimpuna­n itu.

Difahamkan, lelaki itu dikatakan tinggal seorang di rumahnya selepas pulang dari Kuala Lumpur sejak 1 Mac lalu, tetapi dikatakan ada menunaikan solat dan majlis bacaan Yasin di masjid di sekitar bandar raya ini.

Berikutan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar tiba di rumah lelaki itu di Jalan Tanjung Bendahara selepas menerima maklumat berhubung kes itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin turut menyertai pemeriksaa­n di rumah lelaki berkenaan jam 10.30 pagi.

Ketika itu, lelaki terbabit ada di rumah dan memberi kerjasama selepas diarah membuka pintu oleh pasukan polis.

Lelaki itu pada mulanya mendakwa pernah menjalani rawatan di hospital, tetapi gagal menunjukka­n sebarang dokumen atau surat doktor.

Berikutan itu, lelaki berkenaan menunggang motosikal diiringi dua kenderaan polis menuju ke hospital.

Turut serta di lokasi, dua pegawai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Mohd Rozi berkata, pihaknya sedang mengesan mereka yang terbabit dalam kumpulan tabligh di daerah ini dan meminta mereka menjalani pemeriksaa­n untuk mengelak dari penularan wabak Covid-19.

 ??  ?? ANGGOTA polis memujuk lelaki tabligh untuk dibawa ke Hospital Lama Alor Setar.
ANGGOTA polis memujuk lelaki tabligh untuk dibawa ke Hospital Lama Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia