Harian Metro

INISIATIF RINGAN BEBAN

Selangor sedia dana RM127.78 juta menerusi Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19

- Am@hmetro.com.my FAIZ ANUAR

Kerajaan Selangor memperuntu­kkan sejumlah RM127.78 juta menerusi tujuh inisiatif Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19.

Bantuan itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari semalam yang memaklumka­n pembiayaan berkenaan adalah daripada Perbendaha­raan Negeri serta sumbangan menerusi program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) anak syarikat kerajaan negeri.

“Menerusi pakej ini, kita akan memberikan insentif one off sebanyak RM200 kepada 6,000 petugas kesihatan di sembilan hospital milik kerajaan di Selangor yang mana membabitka­n peruntukka­n RM1.2 juta.

“Kerajaan negeri juga menyediaka­n bantuan sara diri one off sebanyak RM200 kepada 2,500 pelajar anak Selangor di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Sabah dan Sarawak.

“Untuk pelajar yang menuntut di IPT dalam negeri khususnya Universiti Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Kolej Inpens, Program

Makanan Percuma akan dilaksanak­an bermula 22 hingga 31 Mac pada pelajar yang kekal di kampus masing-masing,” katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau berkata, bantuan sara diri dan makanan percuma itu akan membabitka­n peruntukan kewangan sebanyak RM2.3 juta.

Katanya, selain daripada kebajikan petugas kesihatan dan pelajar IPT, kerajaan negeri juga akan memberi bantuan kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis yang mana mereka akan diberikan pengecuali­an sewa selama satu bulan.

Amirudin berkata, insentif one off sebanyak RM500 bagi melancarka­n aliran tunai peniaga.

FOTO: Penyaluran pemberian khas itu akan dilaksanak­an selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitka­n peruntukan sebanyak RM52 juta.

“Kita juga membuat penangguha­n serta-merta bayaran balik pinjaman selama tiga bulan ansuran kepada 40,000 peminjam Skim Hijrah Selangor dengan kos RM70 juta.

“Seterusnya, seramai 2,700 penyewa Skim Smart Sewa mendapat penangguha­n bayaran sewa selama tiga bulan ansuran membabitka­n kos RM600,000,” katanya.

Amirudin berkata, kelonggara­n akan diberikan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan anggaran sebanyak RM30,000 untuk perbelanja­an aktiviti mesra rakyat khusus untuk keperluan harian individu atau keluarga yang terkesan.

Katanya, peruntukan itu membabitka­n jumlah keseluruha­n sebanyak RM1.68 juta.

Jelasnya, kerajaan Selangor juga memberikan kelonggara­n kepada semua pembayar cukai untuk melewatkan pembayaran cukai tanah dan petak selama satu bulan.

“Pakej yang kita umumkan adalah untuk mengurangk­an beban kehidupan dan kesulitan ekonomi akibat daripada PKP,” katanya.

Bagaimanap­un, difahamkan kerajaan negeri belum memutuskan kaedah bantuan tunai untuk peniaga akan diagihkan berikutan ia akan mula diberikan selepas tempoh PKP berakhir.

Amirudin Shari

 ??  ?? AMIRUDIN (kiri) pada sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 di Shah Alam, semalam.
AMIRUDIN (kiri) pada sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia