Harian Metro

Johor umum program bantu rakyat terkesan wabak

-

Ini antara inisiatif yang akan disegeraka­n oleh kerajaan negeri, langkah seterusnya akan diberi perhatian termasuk segala bentuk bantuan”

Hasni Mohammad

Johor Bahru: Kerajaan negeri mengumumka­n beberapa inisiatif yang boleh meringanka­n impak ekonomi susulan Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, antaranya bantuan one-off RM1,000 kepada semua pesakit yang positif wabak itu.

Katanya, mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Johor terdapat 88 pesakit positif Covid-19 dan sehingga jam 12 tengah malam kelmarin, meningkat kepada 101 pesakit yang positif setakat ini.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberi peruntukan one-off berjumlah RM20,000 kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Sebagai tanda takziah kerajaan negeri, sebanyak RM2,000 akan disampaika­n kepada setiap waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19.

“Pada masa sama, Majlis Agama Islam Negeri Johor akan mempertimb­angkan bantuan segera bagi kategori asnaf yang terkesan,” katanya dalam sidang media secara langsung di laman sosial Facebookny­a (FB).

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus mengambil langkah-langkah dan inisiatif memaklumka­n kepada masyarakat perkembang­an dan status wabak itu dari semasa ke semasa.

“Selain kerajaan negeri akan memberi insentif pengecuali­an bayaran sewa premis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pasar awam kepada 10,371 peniaga bermula April hingga Disember depan.

“Sementara itu, peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di 151 premis milik kerajaan negeri yang diuruskan Perbadanan Usahawan Negeri Johor juga akan diberi kelonggara­n dan insentif yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata, bagi kakitangan kerajaan negeri yang berstatus pekerja sambilan harian gaji mereka akan dikira sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ini antara inisiatif yang akan disegeraka­n oleh kerajaan negeri, langkah seterusnya akan diberi perhatian termasuk segala bentuk bantuan akan kerajaan negeri usahakan,” katanya.

 ??  ?? JOHOR merekodkan 101 pesakit positif Covid-19 setakat ini.
JOHOR merekodkan 101 pesakit positif Covid-19 setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia