Harian Metro

HARGA PENUTUP MULUT RM2

Naik 150 peratus berbanding 80 sen susulan kekurangan bahan memproses

- Oleh Samadi Ahmad am@hmetro.com.my

Kerajaan menetapkan harga siling bagi penutup mulut dan hidung dinaikkan kepada RM2 berbanding 80 sen sebelum ini susulan kekurangan bahan memproses serta berlaku kenaikan harga pada bahan asas itu.

Perkara itu dimaklumka­n Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk

Alexander Nanta Linggi semalam.

Menurutnya, pihak kementeria­n turut membenarka­n import penutup mulut dan hidung bagi memastikan bekalan di negara ini mencukupi berkuat kuasa kelmarin.

“Pada masa sama aktiviti mengekspor­t penutup mulut dan hidung juga dihentikan bagi mengelak bahan pembuatan berkuranga­n.

“Dengan langkah ini juga orang ramai boleh mendapatka­n penutup mulut dan hidung dalam masa terdekat,” katanya selepas menghadiri Perbincang­an Bersama Sektor Peruncitan Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Zainal Azman Abu Seman dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Seramai 12 pemain industri sektor peruncitan keperluan harian hadir dalam perbincang­an yang diadakan selama kira-kira dua jam.

Pada perbincang­an itu pemain industri disaran meningkatk­an amalan penjagaan kesihatan di pasar raya dan kemudahan troli pengguna bagi mengelak wabak Covid-19.

Alexander berkata, KPDNHEP memberi jaminan bekalan makanan mencukupi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani wabak Covid-19.

Beliau turut mengingatk­an pengusaha jualan sentiasa memastikan bekalan mencukupi di pasaran dan memaklumka­n kepada kementeria­n sekiranya tidak mencukupi.

“KPDNHEP akan sentiasa mengadakan­pemantauan melalui 2,500 penguatkua­sa agar bekalan sentiasa mencukupi dan tidak berlaku aktiviti menaikan harga sesuka hati dari kalangan penjual sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Sementara itu, Dr Ronald berkata, bekalan makanan bagi kumpulan makanan utama termasuk beras, daging, ikan,ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan berada pada tahap stabil dan mencukupi.

Beliau turut menafikan peniaga menaikanha­rga telur yang dijual RM1 sebiji, sebaliknya masih pada harga lamaiaitu 29 hingga 31 sen sebiji.

Katanya,pihaknya akan bekerjasam­a dengan KPDNHEP bagi memantau harga barangan di pasaran agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikan harga sepanjang PKP dilaksanak­an.

 ??  ?? ALEXANDER Nanta (dua dari kanan) bersama Dr Ronald (tengah) beramah mesra dengan pemain industri, semalam.
ALEXANDER Nanta (dua dari kanan) bersama Dr Ronald (tengah) beramah mesra dengan pemain industri, semalam.
 ??  ?? ORANG ramai memakai penutup mulut dan hidung susulan penularan Covid-19.
ORANG ramai memakai penutup mulut dan hidung susulan penularan Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia