Harian Metro

Waspada cecair pembasmi kuman palsu

-

Kangar: Ada pihak tidak bertanggun­gjawab mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menjual produk cecair pembasmi kuman pelbagai jenama yang dikhuatiri tidak mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk meragukan ini dijual secara berleluasa secara dalam talian dan laman sosial Facebook.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) apabila organisasi terbabit sudah mula menerima aduan tidak rasmi daripada pengguna di Facebook.

Presiden PPMM, Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata aduan terbabit dilaporkan selepas pengguna berkenaan mengalami alahan pada kulit tangan dengan kulit menjadi kering dan mengelupas.

“Kami khuatir jika lambakan produk yang tidak dapat dipastikan kelulusan KKM ini dijual secara berleluasa hingga mendatangk­an kesan yang buruk kepada pengguna.

“Produk yang dijual pada harga RM9.30 sebotol boleh didapati dengan mudah di Facebook dan pihak PPMM menasihatk­an rakyat untuk peka dalam mengenal pasti produk penjagaan diri seperti cecair pembasmi kuman pada tangan, sama ada produk itu diiktiraf mahupun tidak, bagi mengelakka­n perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Che Hassan berkata, pihaknya mengecam tindakan tidak beretika berkenaan dan menegaskan kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menjual produk tiruan ketika pengguna memerlukan­nya.

“Pengguna yang mengalami nasib sama diminta membuat laporan kepada pihak berkaitan seperti KKM untuk memudahkan siasatan,” katanya.

Terdahulu, pelbagai jenis produk pencuci tangan yang muncul dan dijual secara meluas di dalam Facebook dikhuatiri tidak mempunyai status KKM dan menggunaka­n bahan pembuatan yang meragukan.

Rakyat dinasihatk­an peka dalam mengenal pasti produk penjagaan diri

Che Hassan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia