Harian Metro

Tingkat rondaan, kesan orang ramai ingkar arahan

-

Kuala Kubu Bharu: Anggota polis daerah Hulu Selangor meningkatk­an rondaan dan usaha mengesan orang ramai yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Arshad Kamaruddin berkata, pemantauan berterusan anggotanya secara menyeluruh dilakukan sejak 18 Mac lalu.

Menurutnya, anggotanya kerap membuat rondaan menggunaka­n kereta peronda dan motosikal lebih kerap ke kawasan bandar, taman perumahan dan kampung dalam daerah ini.

“Saya terkejut ada laporan berhubung aktiviti peniaga Pasar Pagi Bukit Sentosa yang menjual ikan dan buah-buahan segar kepada penduduk Bukit Sentosa di sini, kelmarin.

“Sehingga awal pagi semalam, kami belum menerima aduan berhubung tindakan orang awam yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan termasuk sikap degil penjaja kecil berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Shukri Mohd Hamin ketika dihubungi berkata, penjaja perlu mematuhi arahan yang dikeluarka­n menghalang mereka berniaga di tempat awam dalam daerah itu.

Katanya, pihak penguatkua­sa MDHS kerap memantau kegiatan penjaja kecil di sini agar tidak melanggar arahan yang mereka keluarkan terdahulu.

“Kami juga akan menyaman dan menyita barang yang dijual penjaja sekiranya masih berdegil berniaga secara terbuka.

“Tolong patuh arahan kerajaan demi keselamata­n kita semua membendung wabak Covid-19 ini,” katanya. Sementara itu terdapat segelintir peniaga di Kuala Selangor masih berdegil dengan meneruskan operasi perniagaan walaupun sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanak­an.

Difahamkan, sebanyak 80 premis termasuk penjaja tepi jalan yang ingkar arahan itu diarahkan tutup serta-merta oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), semalam.

MDKS dalam kenyataan media berkata, sebanyak 33 premis dan penjaja dikesan di Tanjong Karang, Pasir Penambang, Kuala Selangor dan Sungai Buloh, Jeram.

“Terkejut aktiviti peniaga Pasar Pagi Bukit

Sentosa Arshad Kamaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia