Harian Metro

CARI PASAL!

Lelaki buat provokasi terhadap anggota polis kena tangkap

- Oleh Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana membuat provokasi dan bertindak menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas di kawasan Pantai Batu 9 di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superinten­dan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, lelaki itu ditahan selepas dia melakukan provokasi ketika polis menasihati sekumpulan lima individu yang beriadah di situ.

“Polis menasihatk­an semua individu membabitka­n tiga lelaki dan dua perempuan yang datang dari Selangor ini kembali ke kediaman susulan arahan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP).

“Bagaimanap­un, salah seorang lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di syarikat swasta melakukan provokasi dengan menolak beberapa kali anggota polis sebelum ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam menjalanka­n tugas,” katanya ketika melaksanak­an Ops Covid 19 ekoran pelaksanaa­n PKP di Batu 1, Jalan

Pantai di sini semalam.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Suspek kini direman selama empat hari mulai semalam sehingga 22 Mac ini.

Aidi Sham berkata, Ops yang dijalankan sejak 18 Mac lalu membabitka­n kekuatan 62 Pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dengan penugasan sekatan jalan raya, pemeriksaa­n mengejut, hebahan dan pemeriksaa­n premis.

“Dalam operasi ini antara tugasan rutin polis adalah sekatan jalan raya, pemeriksaa­n Individu, pemeriksaa­n kenderaan, pemeriksaa­n mengejut individu, pemeriksaa­n premis dan pemeriksaa­n kedai makan.

“Polis menasihatk­an kepada semua orang awam supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan menghadkan pergerakan keluar rumah kecuali untuk urusan hal penting sahaja,” katanya.

Katanya, pihaknya akan meneruskan operasi seperti ini sehingga 31 Mac dan akan bekerjasam­a dengan lain-lain agensi termasuk Jabatan Kesihatan.

“Anggota polis bertugas terdedah dengan bahaya jangkitan Covid-19 namun belum ada lagi anggota polis yang dijangkiti virus bahaya ini,” katanya.

 ??  ?? AIDI Sham menasihati pemandu kereta dalam sekatan di Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson.
AIDI Sham menasihati pemandu kereta dalam sekatan di Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson.
 ??  ?? ANGGOTA polis menasihati pengunjung yang beriadah di pantai.
ANGGOTA polis menasihati pengunjung yang beriadah di pantai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia