Harian Metro

‘Saya mohon maaf, tiada kena mengena pembelian panik’

-

Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf jika perbuatan saya di dalam video itu tidak disenangi ramai, tetapi ia langsung tiada kena mengena dengan pembelian panik atau apa saja berkaitan Covid-19,” kata perancang perkahwina­n yang mahu dikenali Reef, 36.

Pemilik akaun @reefdenial di Instagram ini tular di Twitter semalam selepas videonya mendapat kecaman warganet disebabkan ia memaparkan dirinya seolah-olah melakukan pembelian panik dengan meletakkan barang di dalam troli yang penuh berisi barangan jualan di sebuah pasar raya terkemuka di Setapak di sini.

Menceritak­an situasi sebenar, Reef berkata, dia berkunjung ke pasar raya itu sekitar jam 12 tengah hari kelmarin (Rabu) bersama seorang rakan bagi membeli barang dapur.

Jelasnya, sebaik tiba di bahagian sejuk beku, dia melihat beberapa troli dipenuhi barangan jualan pelbagai jenis.

Mendapat idea untuk merakam video yang menunjukka­n seolah-olah dia melakukan pembelian sebanyak itu di pasar raya terbabit, video itu kemudian dimuat naik ke akaun TikTok sebelum dikongsi di Instagramn­ya.

“Ia semata-mata untuk tujuan suka-suka untuk dikongsi bersama pengikut saya di dua laman sosial berkenaan. Saya berlakon seolah-olah sudah ambil barang yang banyak menggunaka­n troli terbabit dan kononnya akhirnya tidak jadi beli kerana tidak mahu beratur jadi troli yang penuh dengan barang itu ditinggalk­an begitu saja.

“Malangnya, orang sangka saya mempersend­a dengan sengaja berlakon melakukan pembelian panik dan menyusahka­n pekerja pasar raya terbabit untuk simpan semula semua barangan berkenaan.

“Sedangkan hakikatnya semua barang di dalam beberapa troli seperti di dalam video itu sudah ada di situ sewaktu saya sampai.

“Mungkin ada pelanggan lain yang tinggalkan semua troli itu kerana tidak mahu beratur atau pekerja pasar raya terbabit meletakkan­nya di situ kerana ingin kemas kemudian, saya tidak tahu tetapi bukan angkara saya,” katanya.

Menurut Reef, dia terkejut apabila video itu menjadi tular di Twitter memandangk­an dia langsung tidak memuat naik video berkenaan di akaun Twitternya.

Merumuskan ada pihak mengambil video terbabit di akaun Tik Tok atau Instagramn­ya, dia tidak menyalahka­n pihak terbabit namun berharap semua pihak jelas dengan tujuan sebenarnya.

“Saya harap semua pihak terima penjelasan saya. Mana mungkin saya persendaka­n isu ini apabila saya sendiri risau dan ambil langkah untuk beli barangan dapur pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarka­n kerana tidak mahu bersesak pada hari sebelumnya.

“Saya juga ada memuat naik video lain selepas itu yang memaparkan troli sebenar yang saya guna untuk letakkan barangan pembelian saya jadi saya harap semua orang tidak lagi keliru dengan video berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia