Harian Metro

‘MASAK SENDIRI’

Pakar pemakanan nasihat umum jaga kesihatan sepanjang ‘berkurung’

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

“Lebih baik masak sendiri di rumah daripada beli makanan segera di luar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pertamanya kita kena banyak makan sayur, buah-buahan selain vitamin C bagi meningkatk­an imunisasi badan,” ujar pegawai dietetik, Hospital KPJ Seremban, Zetty Hulwany Mohamad Zahid.

Menurutnya, arahan duduk diam di rumah bukan bermaksud kita sentiasa perlu makan walhal masih lagi boleh melakukan aktiviti di dalam rumah seperti berkemas atau membuat senaman ringan.

Katanya orang ramai sangat tidak digalakkan mengambil banyak makanan segera dan snek kerana boleh mendatangk­an kesan tidak baik kepada tubuh badan.

“Ada yang sambil tengok televisyen makan snek dan juga air bergas, ia sangat tidak elok kerana boleh mendatangk­an masalah kesihatan.

“Ketika ini banyak aktiviti fizikal luar seperti berjoging tidak boleh dilakukan, berkemungk­inan boleh menyebabka­n berat badan akan meningkat,” katanya.

Zetty Hulwany berkata diet pemakanan perlu diamalkan dengan betul apatah lagi ketika ini tidak banyak aktiviti riadah seperti bersukan atau berjoging di luar tidak dapat dijalankan.

Katanya, makanan berlemak atau bergoreng seperti kari, gulai lemak, rendang, ikan dan ayam goreng perlu dikurangka­n selain makanan bergaram dan bergula serta minum air secukupnya.

Justeru itu, bagi mengamalka­n pemakanan sihat, kita hendaklah makan dalam kuantiti ‘ Pinggan Sihat Malaysia’ iaitu suku-suku-separuh seperti disarankan Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM ).

“Suku-suku-separuh bermaksud suku karbohidra­t, suku protein dan separuh sayur dan buah serta boleh membantu dalam pengurusan berat badan dan pencegahan penyakit kronik berkaitan dengan obesiti seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

“Kami juga sangat digalakkan untuk makan makanan yang dimasak di rumah lebih kerap berbanding beli di luar terutama makanan segera,” katanya.

Zetty Hulwany berkata, senaman ringan masih boleh dilakukan di dalam rumah.

“Diet pemakanan perlu diamalkan dengan betul Zetty Hulwany

 ??  ?? ANGGOTA polis ketika melakukan rondaan sambil memberi nasihat kepada orang ramai mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an susulan penularan Covid-19.
ANGGOTA polis ketika melakukan rondaan sambil memberi nasihat kepada orang ramai mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an susulan penularan Covid-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia