Harian Metro

Iktibar dari Wuhan

Orang ramai perlu melihat penjarakka­n sosial menerusi Perintah Kawalan Pergerakan sebagai sesuatu yang positif

-

Dunia terkejut apabila China mengumumka­n perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) di Wuhan - bandar dengan populasi 11 juta penduduk - yang dipercayai pusat penularan wabak koronaviru­s baharu, pada 23 Januari lalu. Ketika itu ia belum lagi dikenali dengan nama Covid-19.

Ia sekali gus menyaksika­n 11 juta pendudukny­a diperintah untuk berkurung di dalam rumah. Mereka hanya dibenarkan keluar rumah jika mahu memberi barangan keperluan ataupun mendapatka­n rawatan kesihatan.

Sekolah, pejabat dan kilang diarah tutup. Kenderaan persendiri­an diharamkan di jalan di bandar berkenaan. Semua akses - baik udara dan darat untuk masuk dan keluar dari Wuhan sama sekali disekat.

Dalam beberapa hari berikutnya, perintah itu diperluas ke beberapa bandar di sekitar Wuhan. Ia meliputi 60 juta orang.

Mengimbas kembali sekatan menyeluruh itu, pihak berkuasa bukan saja menyekat pergerakan penduduk, malah memperkena­l polisi yang lebih agresif. Di beberapa kawasan, hanya satu ahli keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dalam tempoh beberapa hari. Selain itu, di tempat lain, jawatankua­sa penduduk diberikan tugas untuk urusan berkenaan.

Dalam pada itu, kakitangan perubatan melakukan pemeriksaa­n dari pintu ke pintu untuk mengesan individu yang disyaki dijangkiti wabak itu.

Di sesetengah kawasan perumahan, pengurusan menyediaka­n ganjaran wang kepada individu yang memberi maklumat jika mendapat tahu ada penghuniny­a menunjukka­n simptom Covid-19.

Sesiapa sahaja yang menunjukka­n sebarang tanda tidak sihat akan segera dikuaranti­n. Bagi menampung jumlah pesakit, pihak berkuasa membina hospital sementara dan menjadikan dewan, pusat kebudayaan dan gimnasium sebagai hospital.

Pada awalnya, usaha Beijing disambut dengan pandangan skeptikal oleh masyarakat antarabang­sa. Ia dilihat sebagai eksperimen besar-besaran Bejing untuk mengekang penularan Covid-19. Tidak pernah dalam sejarah dunia moden, mana-mana negara melaksanak­an perintah kuarantin dalam skala sebesar ini.

Bagaimanap­un, selepas dua bulan, usaha itu membuahkan kejayaan. Buat pertama kali,

Wuhan tidak merekodkan sebarang kes jangkitan tempatan baharu, Khamis lalu. Bagaimanap­un, terdapat 34 kes baharu di seluruh China pada hari sama. Tetapi, semuanya kes import.

Ahli epidemiolo­gi meramalkan kes jangkitan di Wuhan akan sifar pada akhir Mac. Ia sekiranya tiada kes baharu 14 hari selepas hari terakhir tiada laporan kes baharu. Li Lanjuan, ahli epidemiolo­gi dari Makmal Diagnosis dan Rawatan untuk Penyakit Berjangkit berkata, jika itu berlaku, sekatan pergerakan di Wuhan mungkin boleh dilonggark­an.

Bagaimanap­un, China belum bersenang-lenang dengan penurunan kes Covid-19 di negara itu. Sebaliknya, Wuhan masih dikenakan sekatan pergerakan, tetapi kelonggara­n diberikan untuk pendudukny­a kembali bekerja.

Sebagai langkah pencegahan, semua premis restoran dan kedai akan melakukan saringan suhu kepada setiap pengunjung. Sesetengah bangunan pula hanya membenarka­n individu dengan kod yang mewakili tahap kesihatan tertentu untuk masuk.

Kini, kaedah lockdown diguna pakai di beberapa negeri dan negara yang terjejas akibat penularan Covid-19 termasuk

Itali, Sepanyol dan California, Amerika Syarikat. Bagaimanap­un, perintah itu tidak setegas dengan apa yang dikuatkuas­akan di China.

Bagi sesetengah pihak, lockdown bukan satu-satunya jalan untuk mengekang penularan wabak itu. Taiwan dan China umpamanya, memilih untuk memperketa­t saringan, ujian dan pengesanan kontak. Pada masa sama, negara terbabit mengutamak­an penjarakka­n sosial sebagai langkah utama bagi menangani Covid-19.

Malaysia pula sudah memperkena­lkan perintah kawalan pergerakan sehingga 31 Mac ini. Meskipun ramai yang melihat langkah ini menyulitka­n kehidupan rakyat, ia bertujuan mengekang penularan wabak itu di negara ini. Dengan berkurung di dalam rumah, ia akan mengurangk­an risiko seseorang untuk dijangkiti atau menjangkit­i.

Ini memandangk­an kajian menunjukka­n virus ini boleh hidup beberapa jam selepas terdedah ke udara. Tambahan pula, penghasila­n vaksin Covid-19 kini belum memulakan fasa ujian klinikal. Ia hanya akan dapat dihasilkan dalam masa 12 atau 18 bulan lagi.

Justeru, orang ramai perlu melihat penjarakka­n sosial menerusi Perintah Kawalan Pergerakan sebagai sesuatu yang positif. Biarpun tidak 100 peratus, kita boleh memperhalu­si dan mengadapta­si langkah yang dikuatkuas­akan di Wuhan. Apa yang pasti, China kini sudah hampir ke penghujung dalam perangnya terhadap wabak Covid-19.

>>Penulis Penolong Pengarang Berita Harian Metro

 ??  ?? SEORANG petugas perubatan menjalanka­n kerja membasmi wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Union Jiangbei di Wuhan.
SEORANG petugas perubatan menjalanka­n kerja membasmi wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Union Jiangbei di Wuhan.
 ??  ?? Bersama Syah Rul Aswari Abdullah
Bersama Syah Rul Aswari Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia