Harian Metro

Tanah runtuh ancam penduduk dua rumah panjang

-

Kuching: Penduduk di dua rumah panjang di Kanowit dan Betong, Kuching dilanda kebimbanga­n berikutan kejadian tanah runtuh yang menjejaska­n kediaman mereka akibat hujan lebat kelmarin.

Di Kanowit, 200 penduduk Rumah Panjang Anyong Unjan, Nanga Ngungun, dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang menyebabka­n tiga unit kediaman di rumah panjang 33 pintu itu terjejas.

Seorang penduduk, James Usak berkata, kejadian itu berlaku jam 8 malam kelmarin ketika kebanyakan penghuni berada di rumah masing-masing.

“Tanah runtuh itu menyebabka­n bahagian dapur tiga rumah terbabit rosak teruk dan mujur ketika itu tiada sesiapa berada di dapur.

“Penduduk yang bimbang runtuhan susulan berlalu menghubung­i talian kecemasan memaklumka­n kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.15 malam kelmarin.

Beliau berkata, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dikejarkan ke lokasi yang terletak hampir 40 kilometer dari pekan Kanowit.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku tanah runtuh di belakang dapur dan bilik mandi di tiga rumah iaitu rumah kedua, tiga dan empat dalam dereten 33 pintu rumah panjang

itu.

“Bomba memasang sawar-sawar (pengadang) di kawasan runtuhan berkenaan supaya tidak didekati oleh penduduk,” katanya.

Berikutan hujan berterusan, pasukan bomba menasihatk­an penduduk supaya sentiasa berwaspada serta berpindah ke rumah panjang berdekatan sekiranya keadaan semakin tidak selamat.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Betong, penduduk Rumah Panjang Bantan di Sungai Langit, Ulu Layar, cemas apabila berlaku tanah runtuh di hadapan kediaman mereka.

Kejadian dipercayai berlaku awal pagi kelmarin menyebabka­n sebuah stor menggelong­sor ke dalam gaung.

Dua anggota dari BBP Betong dikerah ke lokasi untuk membuat pemeriksaa­n selepas menerima panggilan pada 8.20 pagi.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, namun penduduk diarah berjaga-jaga kerana dikhuatiri berlaku runtuhan susulan.

200 penduduk rumah panjang 33 pintu di Kanowit

terjejas

 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaa­n di bahagian stor Rumah Panjang Bantan di Betong.
ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaa­n di bahagian stor Rumah Panjang Bantan di Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia