Harian Metro

ANGKUT AIR 600 METER

Penduduk harap isu air di Melaka tidak berpanjang­an

- Oleh Hassan Omar am@hmetro.com.my

“Walaupun sekarang orang ramai sibuk dengan wabak Covid-19 namun tolonglah jangan lupa kami yang semakin tenat susulan masalah catuan air.

“Saya sedar nasihat kerajaan supaya rakyat menghabisk­an lebih banyak masa di dalam rumah, tetapi desakan untuk mendapatka­n air menyebabka­n saya dan anak terpaksa keluar juga untuk mengangkut air,” kata ibu tunggal, Nur Hidayah Fazlina Abdul Karim,

30, yang menetap di Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara di sini.

Katanya, catuan secara berkala itu menyukarka­n kehidupan dia sekeluarga. “Saya hanya bergantung kepada rezeki mengutip besi buruk untuk dijual dan tidak mampu membeli tong dan bekas air yang banyak untuk mengisi air.

“Tambahan pula sejak kebelakang­an ini, air pili agak keruh, menyebabka­n saya terpaksa mengangkut air dengan menggunaka­n motosikal dari pusat agihan setempat SAMB (Syarikat Air Melaka Berhad) ke rumah sejauh 600 meter,” katanya ketika ditemui mengangkut air di pusat berkenaan di kampung itu, semalam. Malah anak sulungnya, Mohd Zulkhairi

Abdullah, 12, membantu menadah air dalam baldi kecil bagi meringanka­n beban ibunya itu. Pusat berkenaan adalah satu daripada 132 pusat seumpama itu yang disediakan SAMB bagi membantu pengguna mendapatka­n air ketika catuan.

Catuan air fasa keempat di Zon Satu dan Dua di seluruh Melaka yang dijadualka­n tamat pada Ahad ini dilanjutka­n dalam fasa kelima mulai Isnin depan hingga 31 Mac depan. Catuan air fasa satu

dimulakan pada 29 Januari lalu hingga 9 Februari dan fasa kedua (10 hingga 22 Februari) sebelum dilanjutka­n dalam fasa ketiga (23 Februari hingga 8 Mac) dan fasa keempat (9 Mac hingga 22 Mac).

Catuan di Zon Satu yang membabitka­n daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin membabitka­n 550,673 pengguna, manakala catuan di Zon Dua yang hanya membabitka­n pengguna di daerah Alor Gajah yang mendapat bekalan air dari Loji Air Gadek, dekat sini membabitka­n 184,548 pengguna, sekali gus menjadikan seramai 735,221 pengguna atau 83.81 peratus penduduk negeri ini terbabit dalam catuan berkenaan.

“Saya dan anak terpaksa keluar

juga untuk mengangkut air

Nur Hidayah Fazlina

Abdul Karim

 ??  ?? LEBIH 700,000 penduduk Melaka terbabit dalam catuan air.
LEBIH 700,000 penduduk Melaka terbabit dalam catuan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia