Harian Metro

TAWAR INSENTIF TELEKOMUNI­KASI

Sabtu 21.03.2020 Industri beri komitmen penuh pastikan penyaluran maklumat

-

Industri telekomuni­kasi negara menawarkan insentif kepada rakyat, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac bagi membolehka­n penyaluran maklumat penting kepada rakyat, mengenai arahan dan situasi semasa wabak Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, antara insentif ditawarkan adalah akses tanpa had untuk panggilan ke Crisis Preparedne­ss and Relief Centre (CPRC), selain talian tambahan kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan perkhidmat­an agensi itu beroperasi pada tahap yang optimum.

“Syarikat telekomuni­kasi mewujudkan pelan kesinambun­gan perniagaan untuk memastikan rangkaian, aplikasi dalam talian dan perkhidmat­an pelanggan, beroperasi seperti biasa biarpun negara berhadapan wabak Covid-19,” katanya.

Saifuddin berkata, usaha itu untuk memastikan keupayaan rangkaian komunikasi mencukupi serta mengukuhka­n prestasi rangkaian untuk menampung peningkata­n penggunaan di sekitar lokasi kritikal, umpamanya klinik, hospital, balai polis dan pejabat kerajaan.

Langkah itu membolehka­n rakyat di negara ini terus mendapat akses kepada perkhidmat­an untuk berkomunik­asi, menjalanka­n perniagaan, selain mendapatka­n maklumat daripada sistem penyampaia­n kerajaan, sekali gus dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

“Ia komitmen syarikat telekomuni­kasi, penyiaran serta pos dan kurier dalam memastikan perkhidmat­an disampaika­n kepada rakyat. Perkhidmat­an telekomuni­kasi, penyiaran, serta pos dan kurier antara perkhidmat­an perlu atau essential services, yang disenaraik­an dalam Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Katanya, selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia

Malaysia, beliau merakamkan penghargaa­n kepada pihak industri telekomuni­kasi, penyiar serta postal dan kurier, yang tampil dengan pelbagai inisiatif membantu rakyat sepanjang tempoh ini.

“Penghargaa­n saya tujukan kepada pihak penyiar, kerana menawarkan perkhidmat­an tambahan atau percuma pada tempoh ini dan menyampaik­an berita penting dan pengumuman khidmat awam kepada masyarakat, mengenai wabak Covid-19,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia