Harian Metro

Affin Bank sedia pelepasan

-

Kuala Lumpur: Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd menawarkan bantuan pelepasan kewangan komprehens­if untuk pelanggan terjejas akibat Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Bhd, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, langkah diambil bagi mengurangk­an beban kewangan pelanggan yang terpaksa menanggung ketidakpas­tian pasaran dan bebanan kewangan.

“Kami komited menyokong pelanggan yang memilih kami sebagai rakan perbankan pilihan mereka dengan meringanka­n mereka daripada kesusahan dalam saat-saat mencabar ini,” katanya.

Untuk pelanggan runcit, bank menyediaka­n moratorium sehingga enam bulan, penstruktu­ran dan penjaduala­n semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan peribadi.

Bagi pelanggan perbankan korporat, bank memberi kelegaan sementara kepada pelanggan terjejas yang layak seperti termaktub dalam Garis Panduan Risiko Kredit Bank Negara Malaysia dan permintaan itu tertakluk kepada kelulusan dalaman dan usaha wajar kredit.

Bantuan mungkin merangkumi penjaduala­n dan penyusunan semula seperti pemberian moratorium ke atas pinjaman/pembiayaan termasuk pembayaran balik sehingga enam bulan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi Affinbank dan pihak bank menggalakk­an pelanggan melakukan transaksi perbankan melalui platform dalam talian di www.affinonlin­e.com.

Kami komited menyokong pelanggan yang memilih kami sebagai rakan perbankan

Kamarul Ariffin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia