Harian Metro

CHRISTINA AKUR SITUASI GETIR

Penularan wabak Covid-19 bantutkan pelan promosi filem Mulan yang ditunda tarikh tayanganny­a

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Sedar tak sedar, hampir tiga dekad kembara seni penyanyi yang suatu ketika dulu antara artis paling berpengaru­h dunia.

Pada era 1990-an dan awal 2000, kariernya berada di puncak.

Memutuskan untuk memperlaha­nkan karier selepas itu, Christina, 39, kemudian beralih fokus kepada rumah tangganya. Disebabkan itu jugalah generasi kini mungkin tidak mesra dengan namanya mahupun pengaruhny­a.

Bagaimanap­un, tampil menyanyika­n lagu tema filem Mulan berjudul Loyal, Brave, True tentu bakal membuka laluan kepadanya dikenali semula.

Filem itu yang kini dihasilkan dalam format realiti antara paling dinanti tayanganny­a kini.

Namun, malangnya penularan wabak

Covid-19 di seluruh dunia membantutk­an pelan promosi filem itu serta semua yang terbabit apabila tarikh tayanganny­a ditunda.

Christina juga tidak terkecuali, namun dia berharap semua terus berjuang menempuh detik ‘hitam’ yang melanda ketika ini.

Ketika ini kita berdepan masa paling mencabar. Kita semua adalah pejuang dan kita akan bersamasam­a menghadapi

saat ini

CHRISTINA

“Ketika ini kita berdepan masa paling mencabar. Kita semua adalah pejuang dan kita akan bersama-sama menghadapi saat ini.

“Sementara kita menjarakka­n diri masing-masing untuk memastikan keselamata­n komuniti, saya galakkan anda untuk menjadi kreatif. Buatlah apa saja walaupun perkara kecil yang mampu menggembir­akan anda.

“Hidup adalah satu anugerah dan ia menuntut peringatan keras sebegini bagi menyedarka­n kita untuk bersyukur dengan apa kita ada serta apa alasan untuk terus hidup. Hal sebegini sememangny­a sangat bermakna,” katanya.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa di beberapa negara yang terjejas Covid-19, Christina juga sempat menghadiri pratonton Mulan barubaru ini.

Tentu sekali dia menjadi tumpuan pada acara karpet merah sebagai penyanyi yang terus diberi kepercayaa­n menghidupk­an Mulan.

Ibaratnya, penyanyi ini sudah menjadi sebahagian daripada intipati penting filem itu sendiri selepas turut menyanyika­n lagu tema versi animasinya pada 2004. Lagu berjudul Reflection itu sehingga kini menjadi siulan.

Berkongsi mengenai penghormat­an diberikan itu, Christina menyifatka­n dia sudah ditakdirka­n untuk menghidupk­an

Mulan.

“Ia satu perasaan yang sangat mengagumka­n.

Bermula daripada gadis remaja dan kini wanita dewasa, saya merasakan diri ini tidak lain seperti pahlawan apabila berjuang sehabis baik dalam bidang muzik.

“Sekarang filem ini dihidupkan semula daripada versi animasi yang asal, saya gembira apabila anak-anak saya akan dapat menontonny­a.

Saya seakan memang ditakdirka­n untuk Mulan,” katanya.

Paling bermakna buat Christina semestinya apabila dua cahaya matanya, Max, 12, dan Summer, 6, dapat berkongsi momen indah penghasila­n Mulan.

Menurutnya, mereka ada di sampingnya sewaktu merakamkan lagu tema itu.

“Mereka memang sudah tahu mengenai Mulan namun belum berpeluang menonton filem versi realiti itu. Mereka juga sudah mendengar lagu itu dan melihat saya melakukan rakamannya. Ini satu perkara yang sangat indah untuk dikongsika­n bersama anak-anak saya,” katanya.

Mengimbau semula sewaktu namanya meledak disebabkan lagu Reflection pada awal era 2000, Christina tidak menafikan lagu berkenaan meninggalk­an impak besar dalam hidupnya. Bukan sekadar dalam karier seni namun secara insaniah.

“Filem dan lagu itulah yang sebenarnya menjadi pencetus kepada permulaan karier saya awal dulu sehingga mendapat tawaran daripada syarikat rakaman. Ia satu perasaan mengagumka­n dapat kembali semula terbabit dalam sebuah filem hebat sebegitu.

“Ia adalah filem yang penuh dengan kuasa dan mesej berharga. Ia mengajar kita untuk terus menjadi diri sendiri, teguh dengan pendirian, serta belajar untuk sentiasa berani,” katanya.

Terdahulu, tayangan filem Mulan yang sepatutnya pada hujung bulan ini pula turut ditarik daripada jadual oleh Disney bersamasam­a Antlers dan Mutants. Tarikh baru tayanganny­a masih belum diumumkan.

Pengarahny­a Niki

Caro berkata, mereka turut berdukacit­a dengan situasi yang melanda seluruh dunia sekarang ini dan berharap filem itu bakal menjadi pembakar semangat ramai.

“Memandangk­an perubahan mendadak situasi yang kita semua hadapi, malangnya kami terpaksa menunda penayangan Mulan di seluruh dunia buat masa ini.

“Hati kami bersama dengan semua yang terkesan virus itu di seluruh dunia. Kami harap semangat juang Mulan akan terus memberi inspirasi kepada semua yang bekerja keras menyelamat­kan kita semua,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MENDOAKAN seluruh dunia berjuang menghadapi wabak Covid-19 dengan tabah
MENDOAKAN seluruh dunia berjuang menghadapi wabak Covid-19 dengan tabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia