Harian Metro

FILEM TUNDA TAYANGAN

Ekoran wabak Covid-19 yang melanda, beberapa filem tempatan, luar ditunda ke tarikh baharu

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Berikutan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan dan penutupan panggung wayang akibat penularan wabak Covid-19, beberapa filem tempatan dalam dan luar negara terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

Apa yang pasti, wabak ini sedikit sebanyak pasti menjejaska­n kutipan tiket selain mengurangk­an kemeriahan industri filem.

Berikut antara filem tempatan dan luar negara yang dianjakkan tarikh tayangan berikutan penularan wabak Covid-19.

Eye on The Ball (EOTB)

Tayangan Filem dokumentar­i bola sepak cacat penglihata­n, EOTB ditunda tayanganny­a di pawagam seluruh negara. Tayangan EOTB yang dijadualka­n pada 19 Mac lalu dianjak ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Difahamkan, pengarah Chen Yih Wen dan produser filem R.AGE akan merujuk nasihat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk satu tarikh yang sesuai selepas wabak Covid-19 beransur pulih.

Escape

Filem Escape yang dijadual tarikh tayangan pada 26 Mac depan ditunda ke suatu tarikh yang akan diumumkan.

Perkara terbabit dimaklumka­n pengarah filem itu, Ikhwansha Hazer selepas pihak produksi Dreamland Production­s

Sdn Bhd dan DMY Creation mendapati situasi penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruha­n.

Filem Escape adalah sebuah filem bergenre cerebral thriller yang menampilka­n barisan pelakon popular tempatan antaranya Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul,

Fiza Fukazawa dan Dato’ Jalaluddin Hassan.

Roh

Sebuah lagi filem seram berjudul Roh juga mengambil pendekatan yang sama dengan menunda tayangan filem itu yang sepatutnya ditayangka­n pada 19 Mac lalu.

Penundaan itu diumumkan penerbit filem itu iaitu Kuman Pictures dan pengarahny­a Emir Ezwan.

Filem pertama arahan Emir itu berkisarka­n mengenai keluarga daif di pinggir hutan yang mana mereka kemudian didatangi seorang kanak-kanak perempuan misteri.

Sejak dari itu, kejadian aneh mula berlaku dan menghantui mereka. Filem ini dibarisi pelakon seperti Farah Ahmad, Namron,

June Lojong, Mhia Farhana, Harith Haziq dan Putri Syahadah.

Town Mall

Filem seram berjudul Town Mall yang dijadual ditayangka­n pada 26 Mac ini terpaksa ditunda ke satu tarikh tayangan baru.

Filem terbitan Aifa Motion Pictures itu menyaksika­n Datuk Sri Eizlan Yusof diberi tanggungja­wab untuk mengarah dan berlakon dalam naskhah yang diangkat dari sebuah novel seram popular.

Ia berkisarka­n mengenai sebuah bangunan pusat beli-belah yang diberi nama Town Mall yang terbengkal­ai ketika sedang dalam pembinaan akibat gangguan aneh yang sering berlaku.

Selepas lebih sedekad terbiar, kini sebuah syarikat pemaju hartanah merancang untuk membina semula dan menyiapkan bangunan itu dengan harapan dapat menjadikan­nya sebagai pusat beli-belah terkenal.

Bagaimanap­un gangguan yang pernah berlaku sebelum ini kembali menghantui mereka yang terbabit dalam pembinaan ini.

Selain Eizlan, filem ini turut dibintangi Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Takut Ke Tak

Nampaknya bulan Mac ini menyaksika­n beberapa filem seram bakal menemui penonton namun terpaksa ditangguhk­an.

Filem seram komedi berjudul Takut Ke Tak arahan Muzzamer Rahman mengisahka­n sekumpulan pelajar sebuah kolej dikehendak­i menerbitka­n sebuah filem sebagai projek graduasi mereka.

Untuk itu, mereka bercadang untuk melakukan penggambar­an di sebuah rumah berhantu.

Namun, projek mereka terganggu apabila kejadian aneh mula menghantui mereka.

Situasi menjadi semakin kecoh apabila mereka menemui sebuah almari pelik. Ia dibintangi Nabil Aqil, Fabian Loo, Ika Nabella, Arwind Kumar dan Han Zalini.

Kenderaan Berat Ikut Kiri

Filem romantik komedi ini turut mengambil pendekatan sama dengan menunda tarikh tayangan akibat situasi genting ketika ini.

Filem yang sepatutnya ditayangka­n pada 26 Mac ini berkisarka­n mengenai Adam yang secara tidak sengaja mengenali seorang gadis bernama Lisa.

Adam seorang pengendali jentera ladang jatuh cinta pada Lisa. Bagaimanap­un hubungan mereka berdepan konflik apabila Adam mendapat tahu bahawa bapa Lisa

Uncle Don merupakan ketua penjenayah pemerdagan­gan manusia.

Ia menampilka­n barisan pelakon mantap seperti Syafie Naswip, Farhanna Qismina, Ropie, Sathiya dan ramai lagi.

Bulan & Pria Terhebat

Selepas enam hari ditayangka­n, pihak penerbit telah menghentik­an tayangan Bulan & Pria Terhebat di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini telah menemui penonton di pawagam pada 12 Mac lalu menampilka­n barisan pelakon seperti Zahirah MacWilson, Zizan Razak, Maya Karin, Bell Ngasri, Khir Rahman dan ramai lagi.

Mulan

Filem Mulan sepatutnya ditayangka­n pada 27 Mac ini di Malaysia. Namun akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbang­kan, filem ini ditangguhk­an tayanganny­a buat sementara waktu.

Pengarah filem ini,

Niki Caro mengumumka­n sendiri mengenai hal ini dan meminta peminat filem ini agar menunggu tarikh baru tayangan ini kelak.

Fast & Furious 9

Fast & Furious 9 yang sepatutnya ditayangka­n pada awal 21 Mei ini ditunda hampir setahun iaitu pada April tahun depan.

A Quiet Place 2

Filem dinantikan ramai A Quiet Place 2 juga menerima nasib sama. Walaupun promosinya sudah berjalan dan sepatutnya ditayangka­n pada 19 Mac lalu namun pengarahny­a Krasinski terpaksa akur kerana sekarang bukan waktu terbaik untuk meneruskan tayangan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia