Harian Metro

MINIMALIS PENGARUHI ‘MOOD’

- Oleh Rosyahaida Abdullah am@hmetro.com.my

Kesepadana­n kombinasi warna antara ciri yang sering kali berjaya menambat pandangan mata tatkala melihat dekorasi sesebuah kediaman.

Meskipun perabot dan aksesori yang disuai padan mungkin berbeza konsep atau tema, pemilihan warna yang tepat dengan susun atur minimalis sedikit sebanyak mempengaru­hi ‘mood’ sudut dalaman kediaman terbabit.

Ia membantu memperliha­tkan ruang sempit nampak luas malah perabot murah juga mampu kelihatan mewah.

Tidak hairanlah pilihan Norazlina Abd Aziz dan suaminya, Fathullah Saufi Mohamad berjaya memukau mata penulis sewaktu melangkah masuk ke kediamanny­a, baru-baru ini.

Memberi tumpuan kepada warna bumi dan hijau lembut dengan sedikit merah jambu sebagai tambahan, rumah teres dua tingkat di Rawang, Selangor milik pasangan berusia 41 tahun ini cukup menyerlah menerusi penataan warna pastel dan susun atur ringkasnya.

Malah, setiap sudut dalam kediaman mereka turut dimanfaatk­an untuk fungsi tertentu menjadikan tiada pembaziran ruang di mana-mana namun tidak pula nampak sarat.

Bagi pasangan guru dan pengurus jualan ini, seawal mendirikan rumah tangga lagi keutamaan sudah diletakkan untuk menghiasi ruang dalaman kediaman mereka bagi mewujudkan rasa tenang dan selesa sewaktu berada di rumah.

Baik rumah sewa mahupun milik sendiri, seboleh mungkin mereka akan memastikan rumah yang didiami berada dalam keadaan bersedia menerima tetamu pada bila-bila masa.

Kini, selepas tiga tahun memiliki kediaman sendiri, Noazlina dan Fathullah turut mendisipli­nkan tiga anak mereka dari segi kekemasan dan kebersihan di rumah tidak kira ruang tamu, bilik tidur, dapur atau bilik air sekalipun.

Menurut Norazlina, pemilihan warna bumi iaitu campuran kelabu dan coklat lembut itu ditetapkan di ruang tamu dengan padanan hijau lembut.

Pokok tiruan turut digunakan sebagai aksesori

 ??  ??
 ??  ?? WARNA biru pilihan bilik tidur anak lelaki dan neneknya.
WARNA biru pilihan bilik tidur anak lelaki dan neneknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia