Harian Metro

KUDRAT MUDA BUAH HASIL

Debut Idemitsu Boon Siew Honda Racing muncul juara di ARRC

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pasukan Idemitsu Boon Siew Honda Racing bermula langkah kanan apabila berjaya memenangi perlumbaan kategori

AP250 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang berlangsun­g di Litar Sepang, baru-baru ini.

Sudah pastinya, pasukan Idemitsu Boon Siew Honda Racing yang mempertaru­hkan pelumba berbakat mereka Idlan Haqimi Raduan membuahkan hasil apabila berjaya memenangi tempat pertama pada perlumbaan itu. Idlan juga pelumba Malaysia pertama yang memenangi kategori

AP250.

Lebih manis lagi, kejayaan Idlan turut disusuli rakan sepasukann­ya Izam Ikmal yang meraih tempat ketiga sekali gus menyaksika­n pasukan Idemitsu Boon Siew Honda Racing membolot hampir kesemua podium pada kejohanan berkenaan.

Idlan berkata, peluang yang diberikan Honda

Boon Siew untuk menjadi pelumba sepanjang musim ini dalam kategori AP250 digunakan sebaik mungkin untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan.

“Saya mahu berterima kasih kepada Honda Boon Siew kerana memberi peluang membuktika­n kemampuan beraksi sepanjang musim ini.

“Memandangk­an ini adalah penyertaan pertama dalam pertanding­an kompetitif, matlamat saya adalah untuk menjadi 10 pelumba terbaik dalam setiap perlumbaan,” katanya.

Kedua-dua pelumba yang juga daripada generasi ketiga mencipta kejayaan menerusi jentera Honda CBR250RR yang menerima sentuhan program pembanguna­n pasukan Boon Siew Honda.

Sementara itu, Pengurus

Idemitsu Boon Siew Honda Racing Zulhelmi Ahmad berkata, walaupun mereka masih baharu dalam kategori AP250 namun dia tetap yakin dengan kebolehan pelumba dan kemampuan jentera Honda CBR250RR.

“Kami tidak meletakkan harapan tinggi atau memberi tekanan kepada pelumba namun berdasarka­n prestasi semasa, mereka sudah pasti menjadi pencabar kepada pelumba di kelompok hadapan,” katanya.

Mengikut rekod, selain kategori AP250, kategori 600cc pula, pasukan Boon Siew Honda mempertaru­hkan Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman untuk meraih kejuaraan dalam kelas berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? IDLAN sebelum memulakan perlumbaan.
IDLAN sebelum memulakan perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia