Harian Metro

Skuad Seluruh England bebas Covid-19

-

Kuala Lumpur: Pulang ke tanah air dengan kelegaan apabila semua pemain dan barisan kejurulati­han yang menyertai Kejohanan Seluruh England di Birmingham disahkan bebas daripada sebarang jangkitan Covid-19.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu kenyataan memaklumka­n seramai 21 pemain dan tujuh jurulatih sudah melakukan ujian saringan bagi mengesan virus berkenaan.

Ujian berkenaan dilakukan pakar daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi memastikan semua atlet berkenaan berada dalam keadaan sihat.

“Semua atlet akan berada dalam pemantauan rapi pihak berkaitan dan kita mengikut segala garis panduan yang sudah ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Malah, latihan yang dilakukan atlet secara bersendiri­an turut akan dipantau supaya tidak melanggar arahan yang ditetapkan kerajaan,” katanya, di sini.

Mengikut rekod, pemain berkenaan adalah perseorang­an wanita, Soniia Cheah (gambar); beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei; beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen serta beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Jurulatih perseorang­an wanita, Datuk Tey Seu Bock selain jurulatih beregu wanita, Rosman Razak dan jurulatih beregu campuran, Chin Eei Hui turut diarahkan menjalani kuarantin. Menjalani proses sama adalah pemain perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia; beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan; jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman dan Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia