Harian Metro

Terpaksa tanggung rugi

-

Kuala Lumpur: Industri sukan negara kemungkina­n melalui detik malap untuk tempoh beberapa bulan akan datang apabila dianggarka­n kerugian terpaksa ditanggung membabitka­n sukan utama mencecah setengah bilion ringgit.

Antara sukan terjejas teruk adalah bola sepak, hoki, tenis, golf, permotoran dan badminton yang dilihat kemungkina­n akan ada penarikan penajaan, penjualan barangan sukan berkuranga­n dan tiada keuntungan berdasarka­n penganjura­n kejohanan.

Malah, program pembanguna­n akar umbi dan atlet sudah tentu terganggu apabila tiada kejohanan dalam tempoh terdekat menyebabka­n kemampuan serta kebolehan mereka merudum.

Perkara terbabit diakui Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa apabila semua pihak berkaitan terutama Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) perlu bersedia segala kemungkina­n terutama untuk memacu kembali sukan negara pada masa akan datang.

Beliau berkata, perkara terbabit tidak dapat dielakkan memandangk­an wabak penyakit Covid-19 bersifat global apabila semua pihak di negara lain turut terkesan dengan perkara terbabit.

“Bayangkan penganjura­n Liga Malaysia sudah pastinya menelan belanja sekitar RM50 juta hingga RM100 juta namun pembatalan atau penundaan pertanding­an itu akan mendatangk­an kerugian kepada sukan nombor satu negara terbabit.

“Badminton, tenis dan golf juga memberi pulangan lumayan menerusi penganjura­nnya dan ia sedikit sebanyak terjejas apabila tiada penajaan dan penjualan barangan yang sudah pasti memberi keuntungan jutaan ringgit,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, senario terbabit turut dialami beberapa negara lain namun kebanyakan­nya mempunyai sumber kewangan kukuh dan sudah bersedia menghadapi segala kemungkina­n.

“Jadi adakah kita sudah bersedia mengharung­i situasi yang akan menyaksika­n kantung beberapa sukan utama berkuranga­n selain kekurangan dana menerusi penarikan penajaan.”

Oleh itu, pihak berkaitan perlu bersedia untuk menaikkan kembali sukan utama berkenaan apabila keadaan atau wabak Covid-19 sudah reda nanti,” katanya.

 ??  ?? BOLA sepak amat terkesan dengan wabak Covid-19.
BOLA sepak amat terkesan dengan wabak Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia