Harian Metro

‘Biar Luqman dapat minit permainan’

-

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon mengesahka­n status Luqman Hakim Shamsudin sebagai pemain Selangor II yang baharu seperti mana didedahkan Arena Metro semalam.

Jelas Johan, langkah berkenaan diambil selepas melihat ketidakten­tuan masa depan penyerang berbakat negara itu yang masih tidak dapat terbang lagi ke Belgium ekoran penularan wabak Covid-19.

Katanya, demi kebaikan Luqman, FAS sudah mendaftark­an namanya bersama Selangor II kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum tarikh tutup jendela pemain berakhir Ahad lalu.

“Kita sanggup buat apa saja demi kebaikan karier Luqman. Memandangk­an dia tak dapat pergi lagi ke Eropah atas faktor keselamata­n dan kesihatan, FAS sudah mendaftark­an namanya sebagai pemain Selangor II.

“Sekiranya liga kita (Liga Malaysia) sudah bersambung balik tapi di Belgium tidak, maka Luqman boleh bermain dan menyarung jersi Selangor II dalam mana-mana perlawanan.

“Kita nak pastikan dia dapat minit permainan dan mengekalka­n kecergasan­nya di tahap terbaik dan apabila tiba masa untuk dia ke Belgium, kita terbuka untuk membenarka­n dia pergi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan FAS terpaksa menyelamat­kan karier Luqman dengan mendaftark­an namanya pada saat akhir sebelum jendela pemain ditutup Ahad lalu.

Menurut sumber, perintah larangan perjalanan oleh beberapa negara Eropah termasuk Belgium menyaksika­n harapan Luqman untuk mengikat kontrak selama lima musim dengan kelab KV Kortrijk pada minggu lalu terpaksa ditangguhk­an sehingga situasi kembali pulih.

Menurut Johan lagi, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu bakal meraih pengalaman berguna di saingan Liga Perdana dan diyakini dapat mematangka­n persembaha­n tonggak berusia 18 tahun itu.

“Kita boleh lihat berapa ramai sahaja pemain umur 18 dapat nikmat Liga Perdana. Ini kesempatan terbaik buat Luqman bersaing dengan pemain lebih senior sekali gus raih sesuatu yang baharu,” katanya.

 ??  ?? DR Johan mahu Luqman bersedia di tahap terbaik sebelum ke Belgium.
DR Johan mahu Luqman bersedia di tahap terbaik sebelum ke Belgium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia