Harian Metro

Nasihat untuk penyokong bola sepak

-

Kuala Lumpur: Pemain dan pegawai skuad Harimau Malaya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya kekal berada di rumah seperti mana arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarka­n kerajaan susulan penularan wabak Covid-19.

Pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe (gambar) berkata, beliau menasihatk­an supaya semua pihak mematuhi arahan itu di samping turut mengingatk­an pemain negara terus mengekalka­n kecergasan dengan berlatih di rumah.

“Saya di sini menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga penyokong Harimau Malaya supaya mematuhi arahan kerajaan tinggal di rumah, jangan keluar ‘stay at home and be safe’.

“Marilah kita sama-sama berdoa supaya wabak Covid-19 dapat dibendung dengan segera. Kepada pemain bola sepak negara, perlulah menjalani latihan secara sendiri ‘self discipline and stay fit’,” kata Cheng Hoe.

Sementara itu, ketua pasukan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak berharap semua penyokong bola sepak tanah air sabar menanti saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang ditangguhk­an bermula Isnin lalu.

“Kepada semua rakyat Malaysia dan terutama sekali kepada penyokong bola sepak, saya menyeru supaya kita semua ‘stay at home’ dan sama-sama mengikut arahan kerajaan, kita bersama berganding bahu untuk kita menangani virus covid-19.

“Kepada semua penyokong, nantikan Liga-M kita akan bermula dan kepada skuad kebangsaan pula, kita nantikan untuk bermula balik dengan perlawanan yang tertangguh,” kata tonggak pertahanan JDT itu.

Penyerang negara, Shahrel Fikri pula mengajak peminat berdoa supaya wabak Covid-19 ini segera berlalu dan pemain dapat kembali beraksi merancakka­n kempen liga bola sepak tempatan.

“Doakan wabak Covid-19 ini cepat hilang dan harap semua peminat bola sepak bersabar untuk menantikan liga bola sepak kita dan pemain kebangsaan kita untuk beraksi, terima kasih,” kata ayam tambatan Perak itu.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangguhk­an segala aktiviti bola sepak mengikut garis panduan yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan virus Covid-19.

Penangguha­n aktiviti bola sepak itu termasuk saingan Liga-M dan liga bawahan anjuran badan induk itu dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta tidak terkecuali latihan pusat skuad Harimau Malaya yang dibatalkan minggu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia