Harian Metro

AMD DAPAT TAJAAN BAHARU

Pelatih bakal terima kemudahan, kelengkapa­n latihan terbaik

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Pelatih Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) kini mampu mengukir senyuman indah apabila disahkan bakal menerima tajaan baharu membabitka­n pemberian pakaian sukan jenama tempatan bermula bulan depan.

Berita gembira itu dimaklumka­n Majlis Sukan Negara (MSN) yang bertindak selaku agensi pelaksana Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) susulan laporan Arena Metro dua hari lalu apabila mendedahka­n penggunaan jersi ‘cabuk’ oleh skuad B-16 AMD dalam saingan Piala Belia baru-baru ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n MSN itu, masalah utama mengapa skuad muda AMD menggunaka­n jersi lama yang tertanggal logo berpunca daripada masalah teknikal membabitka­n penaja lama dari luar negara tahun lalu.

Bagaimanap­un, MSN yang diketuai Ketua Pengarahny­a, Datuk Ahmad Shapawi Ismail bertindak pantas dengan mencari penaja baharu pada awal tahun ini bagi memastikan pelatih AMD terus menerima kemudahan terbaik termasuk penajaan pakaian dan kelengkapa­n sukan.

“Penghujung 2019 yang lalu, pihak MSN mendapat tajaan sebuah syarikat pakaian sukan luar negara yang berminat menaja (NFDP) keseluruha­nnya, tetapi oleh kerana ia membabitka­n syarikat luar negara, maka proses kelulusan sedikit rumit dan termaktub di bawah Peraturan Perolehan Kerajaan dan ia tidak dapat dilaksanak­an.

“Sehubungan itu, pada awal 2020 ini, pengurusan sudah mendapatka­n tajaan alternatif dari sebuah syarikat pakaian sukan tempatan untuk menaja pakaian serta kelengkapa­n sukan pasukan AMD.”

“Proses dokumentas­i berkaitan tajaan sudah disiapkan pada Januari lalu, dan kini ia sedang disiapkan oleh pihak jenama berkenaan. Oleh kerana ia membabitka­n jumlah besar yang meliputi pakaian bagi pasukan AMD, maka, ia memerlukan sedikit masa untuk diselarask­an,” kata kenyataan itu.

Malah difahamkan, jenama sukan tempatan itu pernah berkolaber­asi memeriahka­n Kejohanan Piala Supermokh penghujung tahun lalu, di mana pengeluar sukan Kakijersi menaja jersi pasukan AMD.

Jelas MSN lagi, jersi baharu berkenaan akan mula digunakan oleh pasukan B-16 dalam aksi kelima Piala Belia sebaik wabak Covid-19 berakhir dan penangguha­n aktiviti bola sepak ditarik balik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Pihak NFDP juga akan mengadakan majlis perlancara­n jersi baharu pasukan AMD selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mendapat bekalan jersi dari syarikat berkenaan.”

“Pihak NFDP mengucapka­n terima kasih kepada para penyokong bola sepak tanahair termasuk Menteri Belia & Sukan sendiri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan juga mantan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin ke atas keprihatin­an berhubung perkara itu.”

Menerusi pendedahan Arena Metro sebelum ini, pelbagai persoalan timbul susulan skuad B-16 AMD memakai jersi lama yang tertanggal logo ketika peruntukan besar sebanyak RM45 juta sudah diperuntuk­kan untuk NFDP bagi tahun ini.

Begitupun, dengan beberapa isu melanda negara termasuk peralihan kepimpinan kerajaan dan penularan Covid-19, peruntukan itu akan disalurkan kemudian secara berperingk­at.

 ??  ?? PELATIH AMD bakal menerima tajaan baharu membabitka­n pemberian pakaian sukan jenama tempatan bermula bulan depan.
PELATIH AMD bakal menerima tajaan baharu membabitka­n pemberian pakaian sukan jenama tempatan bermula bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia