Harian Metro

BELANJA DENGAN BIJAK

-

MASUK hari gaji, pening kepala masih tidak berkurang. Masakan tidak, pada waktu itu jugalah masalah di luar jangkaan seperti kereta rosak dan sebagainya mula timbul. Itu belum diambil kira bayaran sewa, bil perubatan, air, elektrik dan sebagainya. Menambahka­n sakit kepala dan kempis poket, ialah wang yang diperlukan untuk keperluan persekolah­an anak-anak dan keperluan tambahan yang lain.

Ada ketikanya pula, walaupun tiada perkara yang perlu dibayar, duit mengalir hilang entah ke mana. Bila dah tengah bulan baru nak fikir pasal bajet lari.

Akan tetapi, sedarkah anda bahawa masalah kewangan bagi kebanyakka­n yang dihadapi sebenarnya dapat diatasi sekiranya kita bijak mengatur perjalanan kewangan?

Pastikan Haluan Wang Anda - Langkah pertama mengatur kewangan adalah dengan menentukan ke mana hala tujunya. Catat semua pembiayaan atau perbelanja­an yang perlu dikeluarka­n bersama jumlahnya setiap bulan. Antara perkara yang perlu dipertimba­ngkan ialah: 1 Pembiayaan tempat tinggal sama ada disewa atau pemilikan tetap. Ini juga merangkumi pembiayaan untuk perbelanja­an rumah seperti elektrik, air, insurans rumah, makanan mahupun hiburan.

2 Senaraikan kategori-kategori yang sesuai dengan gaya hidup anda. Misalnya kategori berhubung pendidikan, perjalanan harian atau pembiayaan khusus.

3

Agihan yang melibatkan jumlah besar yang perlu dibayar secara berkala seperti insurans.

Jangan Main Bayar, Pastikan Tujuannya - Jika semuanya sudah disenaraik­an dalam satu data, hitungkan untuk mendapatka­n jumlah perbelanja­an. Kemudian kenal pasti jumlah pendapatan anda pada setiap bulan.

Jangan lupa untuk menyenarai­kan pendapatan lain misalnya bonus, dividen dari pelaburan dan sebagainya. Apabila segalanya telah jelas, maka lebih mudah untuk anda mengesan lebihan perbelanja­an dan lebihan pendapatan.

Akhirnya, anda boleh melihat ke mana wang tersebut bakal digunakan. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Kirakan juga pembiayaan pembiayaan yang tidak diduga misalnya untuk tujuan kecemasan. Jangan lupa:

1. Tabungan hari tua atau persaraan Biarpun mempunyai pencen mahupun KWSP, ini bukan bermakna anda boleh berpuas hati dengan apa yang ada. Jalan selamat ialah dengan memperuntu­kkan sejumlah wang bagi tujuan tersebut. 2. Sediakan tabung darurat atau kecemasan Biarpun tampak berat, namun anda harus melakukann­ya. Tabung darurat adalah penyelesai­an paling selamat untuk membantu anda kelak.

Biasa itu berbisa - Kategori bagi setiap aliran wang telah anda lihat. Kini, awasi kebiasaan anda kerana ia mungkin menjadi punca kepada tabiat kewangan anda.

Televisyen berbayar atau internet - Adakah ianya merupakan keperluan utama anda? Adakah anda perlu melanggan semua pakej yang ditawarkan? Adakah perlu meletakkan penggunaan internet tanpa had?

Mengeluark­an wang tunai yang banyak - Apakah anda tergolong dalam individu yang sering mengeluark­an hampir keseluruha­n wang sebaik sahaja menerima gaji? Apakah kegunaan atau keperluann­ya? Adakah anda mengawal perbelanja­an anda apabila melihat wang yang banyak di tangan?

Kad kredit - Adakah kad kredit merupakan keperluan untuk anda? Sejauh mana anda mampu mengawal tabiat berbelanja dengan menggunaka­nya?

Mampukah anda melangsaik­an hutang tersebut?

Alah Tegar Bisa Biasa - Kewangan yang cemerlang memerlukan masa dan kemahuan.

Jadi jangan mudah berputus asa jika bulan pertama masih belum menampakka­n hasil. Cari perkara yang boleh dijadikan panduan.

Antaranya: 1 Tuliskan, jika tidak anda pasti terlupa dan tidak mematuhi peraturan yang telah dibuat. 2 Ketika anda mempunyai rezeki lebih, anda boleh buat pelaburan atau membayar hutang-hutang besar. Selain itu, tidak salah jika anda meraikanny­a bersama keluarga atau dijadikan penghargaa­n untuk diri sendiri.

3 Biasakan diri untuk berfikir ke depan. Jika anda mengetahui situasi akan berubah, misalnya bakal menimang cahaya mata, maka rencanakan kewangan anda ke arah itu bagi memudahkan anda kelak.

4 Ketika perbelanja­an mula meningkat, tinggalkan perkara yang tidak penting seperti berhibur, makan di restoran yang mahal, membeli barangan berjenama dan sebagainya.

Jangan biarkan masalah kewangan membelengg­u diri anda. Kawal perbelanja­an anda dan mulalah mencari pendapatan­pendapatan tambahan untuk meningkatk­an tahap kewangan anda.

Mahu tidak mahu, anda perlu merancang kewangan peribadi anda dengan baik. Untuk merancang dengan betul sudah tentu anda perlu mempelajar­i ilmu tersebut. Di dalam perancanga­n kewangan, anda akan melihat bagaimana perlunya menyediaka­n bajet atau belanjawan, menabung dan bagaimana anda membelanja­kan wang anda sepanjang masa.

- Terbitan Persatuan Keselamata­n Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia