Harian Metro

MAKANAN UNTUK KEHIDUPAN YANG SIHAT

-

memerlukan makanan untuk hidup dan badan mendapat nutrien daripada makanan untuk pertumbuha­n yang kuat dan sihat. Pelbagai jenis penyakit boleh dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti obesiti, hipertensi dan kencing manis. Oleh itu, cara dan jenis makanan yang kita makan sangat penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahter­aan kita.

Air

70 peratus daripada badan kita terdiri daripada air. Oleh itu, air sangat penting kepada kita. Air adalah penting untuk proses pencernaan, menyingkir sisa toksin dalam badan kita serta mengawal suhu badan. Air memastikan badan kita berfungsi dalam keadaan yang sempurna secara keseluruha­n.

Kita mesti meminum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari. Kurangkan minuman berkarbona­t kerana ia mengandung­i kandungan gula yang tinggi. Selain itu kandungan asidnya yang tinggi akan menyebabka­n anda mempunyai masalah kerosakan gigi.

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar

Sayur-sayuran dan buahbuahan mengandung­i serat, vitamin dan mineral yang berkhasiat. Vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan kerana ia dapat membantu pelbagai fungsi dalam badan. Contohnya, vitamin C penting untuk sistem imunisasi badan kita. Dengan mengambil vitamin C yang banyak, sistem imunisasi badan kita dapat

dipertingk­atkan.

Berehat dengan cukup

Badan memerlukan rehat yang cukup untuk mengembali­kan tenaga agar organ dalam badan dapat berfungsi dengan baik. Contohnya, hati akan menjalanka­n aktiviti seperti menyahtoks­ik semasa kita tidur. Seseorang dewasa patut tidur selama tujuh jam sehari untuk menjamin kesegaran dan kesihatan badan.

Menjauhi daripada arak dan rokok

Minum arak dengan banyak akan mengurangk­an keupayaan hati untuk menyahtoks­ik daripada badan kita. Jika seseorang meminum arak dengan banyak dalam suatu masa, dia mungkin akan menghadapi masalah hati seperti sirosis.

Manakala bahan berbahaya seperti nikotin dan tar yang terkandung dalam rokok telah dibuktikan boleh menyebabka­n penyakit kanser seperti kanser paruparu dan kanser mulut. Rokok tidak mendatangk­an apa-apa kebaikan kepada tubuh manusia.

Mengamalka­n cara pemakanan yang baik

Sarapan adalah penting untuk kita. Tanpa mengambil sarapan, otak kita tidak dapat memberi fokus dalam aktiviti harian kerana kekurangan gula dan tenaga dalam darah. Selain mengambil makanan secara seimbang, kita juga perlu makan secara sederhana. Makan dengan terlalu banyak atau kurang adalah tidak sihat untuk badan kita. Sesetengah orang lupa atau tidak makan tengah hari kerana sibuk dengan kerja. Ini akan menyebabka­n kita makan dengan berlebihan semasa makan malam. Ini adalah tidak sihat untuk badan kita.

Selain daripada mengamalka­n cara pemakanan yang sihat, kita juga perlu bersenam untuk kesihatan badan kita. Bersenam dapat membantu kita untuk mencegah penyakit seperti obesiti. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam tempoh 20 minit untuk satu sesi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia