Harian Metro

LIMA KORBAN BAHARU VIRUS

Jumlah keseluruha­n kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat sebanyak 1,183

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Malaysia mencatatka­n lima kematian terkini akibat jangkitan Covid-19, menjadikan keseluruha­n lapan kematian setakat ini.

Negara turut merekodkan 153 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 1,183 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa ketiga yang meninggal dunia adalah kes ke-152 iaitu lelaki tempatan berusia 58 tahun dari kluster perhimpuna­n tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Lelaki terbabit menerima rawatan di ICU Hospital Tawau sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.27 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata, pesakit keempat meninggal dunia jam 1.30 pagi semalam selepas dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Respirator­y Infection.

“Mangsa diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di ICU. Kesihatann­ya merosot sebelum meninggal dunia.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kes kelima membabitka­n seorang wanita berusia 79 tahun yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Borneo pada 16 Mac kerana demam dan batuk selama lima hari.

“Pada hari kedua dirawat, wanita itu sukar bernafas namun keluarga tidak bersetuju diberi bantuan pernafasan lalu dibawa pulang sebelum disahkan meninggal dunia esok.

“Mangsa mempunyai kontak dengan dua lagi disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan,” katanya dalam sidang media.

Katanya, kes keenam pula membabitka­n anak perempuan kes kelima berusia 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac kerana demam dan batuk sejak 7 Mac.

Tambah beliau, mangsa disahkan positif Covid-19 pada 19 Mac dan diberi bantuan pernafasan pada hari sama sebelum meninggal dunia jam 1.20 tengah hari semalam.

Bagi kes ketujuh, Noor Hisham berkata, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh meninggal dunia 3.22 petang semalam.

“Mangsa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac kerana demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan merosot dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, kes terakhir membabitka­n seorang lelaki berusia 69 tahun daripada kluster tabligh dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16

Mac selepas mengalami gejala demam sejak 12 Mac.

Katanya, mangsa dipindahka­n ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac dan memerlukan bantuan pernafasan sebelum meninggal dunia semalam.

Mangsa ketiga yang meninggal dunia adalah kes ke-152 iaitu lelaki tempatan berusia 58 tahun dari kluster perhimpuna­n tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling”

Dr Noor Hisham

 ??  ?? KAKITANGAN stesen minyak Mohd Saiful Rizal Abd Ghani melakukan kerja pembersiha­n pada pemegang pam minyak di Nilai, semalam.
KAKITANGAN stesen minyak Mohd Saiful Rizal Abd Ghani melakukan kerja pembersiha­n pada pemegang pam minyak di Nilai, semalam.
 ??  ?? KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi memakai kelengkapa­n pelindung diri menunggu orang ramai membuat pemeriksaa­n saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuah, Langkawi.
KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi memakai kelengkapa­n pelindung diri menunggu orang ramai membuat pemeriksaa­n saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuah, Langkawi.
 ??  ?? KAKITANGAN Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melakukan kerja pembersiha­n di setiap ruang pejabat sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19, semalam.
KAKITANGAN Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melakukan kerja pembersiha­n di setiap ruang pejabat sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia