Harian Metro

ENAM POLIS DIJANGKITI

Seramai 335 ahli keluarga mangsa masih tunggu keputusan saringan makmal

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Enam anggota polis disahkan positif Covid-19 manakala 335 ahli keluarga mereka masih menunggu keputusan ujian saringan kesihatan dilakukan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, penjelasan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai virus berkenaan begitu jelas sehingga ia boleh menjangkit­i warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ketika ini, sudah enam anggota positif dan ada 335 ahli keluarga mereka diletakkan sebagai Patient Under Investigat­ion (PUI),” katanya dalam temu bual khas bersama Astro Awani, di sini, semalam.

Dalam temu bual itu,

Abdul Hamid turut memaklumka­n pihaknya akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mengesan saki-baki individu yang dikaitkan dengan kluster jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling di sini, yang enggan menjalani saringan kesihatan di seluruh negara.

Katanya, setakat ini, seramai 7,671 jemaah tabligh sudah dikesan dan menjalani saringan kesihatan.

“Kami menubuhkan satu pasukan khas diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang bertanggun­gjawab menyiasat serta mengumpul maklumat orang awam.

“Orang awam boleh menelefon polis menyatakan jiran mereka adalah ahli jemaah yang diketahui pergi ke sana namun dia enggan keluar rumah dan tampil ke hospital.

“Bertindak atas maklumat itu, polis akan menyiasat perkara ini dan membawa perkara ini kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan satu pasukan akan pergi ke rumah individu itu,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan individu yang dikesan adalah atas maklumat orang ramai.

“Saya amat menghargai perkara ini (bantuan orang ramai) kerana ia memudahkan pasukan khas.

“Jika didapati mereka masih enggan menjalani saringan kesihatan dan terus bersembuny­i, tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Seramai 7,671 jemaah tabligh sudah dikesan Abdul Hamid

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia