Harian Metro

10 peratus penduduk masih ingkar PKP

-

Putrajaya: Sekitar 10 peratus penduduk negara ini masih mengingkar­i atau ‘sengaja’ tidak memahami arahan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan dalam usaha menangani penularan Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sejak arahan PKP dilaksanak­an mulai 18 hingga 31 Mac ini, majoriti rakyat akur dengan perintah itu tetapi ada sebilangan 10 peratus atau tiga juta penduduk gagal mematuhi arahan.

“Kita boleh lihat paparan video kanak-kanak bermain di luar, ada yang bersenam dan sebagainya tular di media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata mungkin angka itu kecil tetapi dalam konteks penularan Covid-19, jumlah itu cukup besar untuk memburukka­n lagi keadaan semasa dengan peningkata­n kes negara berjumlah 1,183 kes.

Katanya, negara kini berada dalam suatu suasana luar biasa yang belum pernah dilalui sebelum ini dan kerajaan perlu menguruska­n situasi Covid-19 dengan penuh ketelitian dan disiplin.

Saifuddin berkata, pakar perubatan sudah menyatakan bahawa negara perlu bersiap sedia dengan persiapan yang luar biasa kerana berdepan dengan virus yang mengancam nyawa manusia.

Oleh itu, katanya, setiap individu memainkan peranan dalam membantu mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19 dengan mendengar arahan kerajaan supaya duduk di rumah sepanjang PKP dilaksanak­an.

“Perkara paling mustahak adalah kita membantu pihak berkuasa khususnya Kementeria­n Kesihatan dengan duduk di rumah, amalkan basuh tangan bukan hanya untuk solat dan makan tetapi untuk memegang anggota lain terutamany­a muka dan amalkan jarak sosial dengan orang lain lebih kurang satu meter.

“Ini adalah perkara asas dan saya yakin rakyat Malaysia boleh buat,” katanya.

Tiga juta penduduk masih gagal mematuhi

arahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia