Harian Metro

1,650 dari Iran, Itali, India mulai pulang hari ini

-

orang iaitu 46 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran manakala selebihnya rakyat Singapura dan seorang Indonesia.

“Mereka dijangka tiba di Kuala Lumpur, 6.10 pagi esok (hari ini) menaiki pesawat sewaan khas Air Asia yang kini berlepas ke Tehran pada 11.45 pagi tadi.

“Pesawat itu membawa 15 kru penerbanga­n serta lapan petugas iaitu lima daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), dua petugas Wisma Putra dan seorang petugas Agensi Pengurusan Bencana Negara,” katanya dalam sidang media khas menerusi Facebook Live agensi itu semalam yang turut disertai Menteri Sumber Manusia yang juga Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Menurutnya, bagi urusan repatriasi dari Itali pula berlaku sedikit perubahan untuk membawa pulang 82 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar

Malaysia di Rom.

“Mereka sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada Isnin jam 6.10 pagi. Bagaimanap­un Wisma Putra dimaklumka­n Kedutaan Malaysia di Itali, Pihak Berkuasa Penerbanga­n Itali (Enac) membatalka­n kebenaran mendarat semua pesawat termasuk pesawat sewaan khas sepatutnya membawa pulang rakyat Malaysia.

“Buat masa ini, Wisma Putra bertungkus-lumus termasuk berunding dengan kerajaan Itali bagi memberi kebenaran khas untuk kita meneruskan urusan repatriasi secepat mungkin,” katanya.

Menurutnya, Wisma Putra berusaha menyelaras serta memudah cara urusan pulang rakyat Malaysia berjumlah 1,519 yang masih terkandas di India.

“Mereka dijangka tiba di Kuala Lumpur, 6.10 pagi esok (hari ini) Kamarudin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia