Harian Metro

SETIAP ASNAF DAPAT RM500

Maiwp lulus peruntukan zakat RM12.1 juta untuk tampung keperluan sepanjang PKP

- Oleh Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

Prihatin dengan situasi semasa akibat penularan wabak Covid-19, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Maiwp) meluluskan peruntukan zakat sebanyak RM12.1 juta untuk disalurkan kepada asnaf dan menampung keperluan perubatan.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Syed Hussien AlHabshee berkata, Maiwp meluluskan bantuan tambahan zakat khas kepada 24,196 asnaf di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya selaras seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri supaya kebajikan asnaf sentiasa dipelihara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap asnaf menerima RM500 dan penyaluran bantuan ini membabitka­n perbelanja­an dana zakat keseluruha­n sebanyak RM12.1 juta yang akan disalurkan awal April.

“Maiwp sebelum ini juga mempercepa­tkan penyaluran Bantuan Zakat Kewangan Bulanan bagi Mac pada 19 hari bulan kepada bilangan penerima yang sama dengan perbelanja­an sebanyak RM9.67 juta. Bantuan bulanan kebiasaann­ya disalurkan pada setiap 25 hari bulan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, bagi menampung keperluan peralatan kesihatan dan perubatan di hospital akibat Covid-19, Maiwp meluluskan peruntukan berjumlah RM3.27 juta yang akan disalurkan kepada tujuh hospital di Wilayah Persekutua­n.

“Bantuan diberikan berbentuk peralatan pernafasan seperti BIPAP Machine (ICU) bernilai RM80,000

“MAIWP sentiasa lihat keperluan Syed Hussien

AlHabshee

setiap satu, ventilator di Unit Rawatan Rapi (ICU) bernilai RM150,000/unit, home ventilator bernilai RM90,000/unit dan peralatan lain bernilai antara RM5,000 hingga RM20,000 setiap satu.

“MAIWP dari semasa ke semasa akan sentiasa melihat keperluan yang timbul bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran semasa tempoh COVID-19 ini selari dengan misi #musaadahCO­VID19 oleh Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Menurutnya, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutua­n terutama ketika berdepan situasi Covid-19.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia