Harian Metro

12 TENGAH MALAM TUTUP KEDAI

Selangor had operasi pembekalan dan perkhidmat­an makanan

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Selangor membenarka­n pembekalan dan perkhidmat­an penyediaan makanan seperti restoran, gerai makanan serta kedai serbaneka beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu kenyataan semalam memaklumka­n kebenaran itu diberikan hanya untuk pembekalan bahan mentah, pembungkus­an, penghantar­an serta pandu lalu sahaja.

“Kita membenarka­n restoran termasuk dalam hotel untuk beroperasi bermula pada 6 pagi hingga 12 tengah malam, manakala untuk penjaja kecil atau trak makanan, mereka tidak dibenarkan beroperasi sehingga tempoh perintah tamat.

“Selain itu, untuk perkhidmat­an bahan api dan pelincir yang membabitka­n stesen minyak serta pengeluara­n, penapisan, penyimpana­n, pembekal, pengedaran turut dibenarkan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmat­an peruncitan seperti pasar raya dibenarkan beroperasi untuk bahagian peruncitan dan makanan sahaja sehingga

12 tengah malam.

Menurutnya, kedai serbaneka turut dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam dan pasar awam (pasar borong) dibenarkan dari 5 pagi hingga 4 petang, manakala pasar tani dan pasar malam tidak dibenarkan.

“Bagi sektor peruncitan, penghantar­an dibenarkan selain kita mahu pembeli menghadkan ahli keluarga yang ikut serta ketika membeli barangan keperluan.

“Sepanjang tempoh perintah juga, kerajaan negeri membenarka­n perkhidmat­an pembaikan (kedai alat ganti) bermula 9 pagi hingga 4 petang manakala servis menarik kenderaan (towing) dibenarkan.

“Perkhidmat­an cucian seperti dobi layan diri, dobi serta pusat cucian kereta tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.

Amirudin berkata, kerajaan negeri sangat memandang serius akan kegagalan segelintir masyarakat yang masih mengabaika­n arahan duduk di rumah selain dari keperluan kritikal yang sudah digariskan.

 ??  ?? RESTORAN beroperasi bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam.
PERUNCITAN pasar raya beroperasi hingga 12 tengah malam.
OPERASI kedai serbaneka dibenarkan hingga 12 tengah malam.
RESTORAN beroperasi bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam. PERUNCITAN pasar raya beroperasi hingga 12 tengah malam. OPERASI kedai serbaneka dibenarkan hingga 12 tengah malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia