Harian Metro

NIKAH DEPAN PAGAR

Majlis berlangsun­g pantas, tidak bersalaman, jarak semeter dan rombongan kecil

- Oleh Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

Tempoh akad nikah dipendekka­n, tiada pihak bersalaman dan penjarakka­n sosial dijaga selain jumlah rombongan tidak melebihi 12 orang.

Itu syarat ditetapkan untuk pengantin yang mahu melangsung­kan pernikahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini yang dikendalik­an Penolong Pendaftar Perkahwina­n Jamaluddin Ahmad, 47.

Beliau yang juga Imam Masjid ‘Ibadur Rahman

Permatang Berangan, Sungai Petani melaksana proses pernikahan bersyarat itu seperti termaktub dalam arahan Jabatan Mufti Negeri Kedah dan saranan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Kelmarin, beberapa video pernikahan pengantin yang dikendalik­annya tular di media sosial sehingga menarik perhatian masyarakat.

Dalam video itu, Jamaluddin dilihat berada di dalam pagar kawasan rumahnya di Taman Seraya, Sungai Petani melangsung­kan akad untuk pasangan mahu disatukan.

Jamaluddin ketika dihubungi berkata, mengambil langkah begitu demi keselamata­n masyarakat berikutan penularan Covid-19.

“Memandangk­an masjid tidak boleh digunakan ketika ini, jadi majlis pernikahan perlu dilakukan di rumah dan saya tidak mahu ia diadakan di rumah pengantin kerana sukar mengawal jumlah tetamu.

“Jadi, pasangan perlu datang ke rumah saya dan saya juga mengehadka­n jumlah kehadiran iaitu tidak lebih daripada 12 orang termasuk saya dan saksi perkahwina­n,” katanya.

Selain itu, Jamaluddin berkata, beliau turut memastikan setiap tetamu itu berada dalam jarak satu meter sesuai penjarakka­n selamat yang ditetapkan, manakala masa untuk akad tidak melebihi 10 minit.

“Semua kena berlangsun­g dalam 10 minit dan selepas ini bersurai,” katanya yang mengakui ada orang pelik dengan upacara ringkas begitu namun, beliau menegaskan ia berlangsun­g dengan memenuhi rukun dan syarat sah perkahwina­n.

Pengantin perempuan, Nur Sabrina Mohd Zailani, 22, mengakui terkejut apabila diminta hadir ke rumah tok kadi untuk acara pernikahan sedemikian.

“Semua kena berlangsun­g dalam 10 minit Jamaluddin Ahmad

 ??  ?? PENGANTIN dinikahkan di hadapan pintu pagar rumah jurunikah.
PENGANTIN dinikahkan di hadapan pintu pagar rumah jurunikah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia