Harian Metro

TAKUT VIRUS ATAU TUHAN?

- Adakah timbul sebarang isu berbangkit susulan penutupan sementara masjid?

(bertawakal). Ini langkah terakhir berserah kepada Allah SWT.

Contoh mudah, seorang isteri sarat mengandung masuk di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kesukaran untuk bersalin.

Doktor melakukan pembedahan sebagai usaha terakhir demi menyelamat­kan nyawa bayi terbabit.

Begitu juga dengan penularan Covid-19 dan mereka yang dijangkiti tidak boleh hanya bertawakku­l semata-mata. Mereka perlu berusaha dengan mendapatka­n rawatan.

Saya mengingatk­an kepada mereka yang mendapatka­n rawatan bahawa ubat wasilah (penyebab atau perantaran) tetapi yang menyembuhk­an penyakit seseorang Allah SWT.

Oleh kerana mahu mendapatka­n pahala solat berjemaah, jemaah mendirikan solat jemaah dengan jarak saf satu meter ketika wabak Covid-19. Boleh atau tidak?

Solat berjemaah perlu dilakukan dengan saf yang rapat dan lurus iaitu bahu jemaah saling bersentuha­n. Situasi ini dibolehkan jika semua jemaah sihat tanpa sebarang penyakit terutamany­a Covid-19.

Namun, disebabkan wabak Covid-19, maka tidak menjadi kesalahan saf jemaah berdiri pada jarak 0.25 meter bagi mengelak jangkitan wabak itu.

Tetapi jangan pula disebabkan jarak berjauhan seperti itu membuatkan jemaah menjadi tidak khusyuk dalam solat.

Hikmah solat jemaah pada jarak rapat ialah membantu kita solat dengan khusyuk yang dibanturas­a denyutan panas badan jemaah lain yang berdiri bersebelah­an.

Sebaliknya, jika solat berjemaah bersama ahli keluarga yang diyakini sihat dan bebas daripada penyakit berbahaya, maka boleh merapatkan saf itu.

Di Selangor, langkah penutupan ini menyebabka­n segelintir masyarakat salah faham dan mengatakan kerajaan negeri melarang mereka datang ke masjid.

Hakikatnya kerajaan negeri, sebagaiman­a titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah mengambil langkah penutupan sementara dengan menangguhk­an aktiviti di masjid, surau dan musala.

Ini bertujuan mencegah kluster jangkitan menjadi lebih teruk.

Namun kita masih boleh solat berjemaah bersama keluarga di rumah masing-masing.

Dalam isu berkaitan solat di masjid, surau dan musala, imam bertugas bersama bilal dan noja perlu menunaikan solat fardu berjemaah (sekurang-kurangnya dua orang).

Azan tetap dilaungkan sebanyak lima kali sehari dengan tujuan mereka dapat melepaskan tanggungan fardu kifayah oleh ahli kariah di kawasan masing-masing.

Jika solat berjemaah ini tidak dapat dilakukan, maka seluruh ahli kariah menanggung dosa kerana tidak mendirikan solat lima waktu secara berjemaah di surah, masjid atau musala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia