Harian Metro

HUKUM ‘SALIN TIKAR’

-

Saya ingin tahun bolehkah seseorang mengahwini adik ipar selepas isteri iaitu kakaknya meninggal dunia? Apakah hukum dan kedudukan seseorang lelaki mengahwini adik iparnya apabila kakak kandungnya meninggal dunia?

Lelaki Keliru Batu Pahat

Hubungan ipar adalah hubungan mahram muakkat iaitu haram sementara. Oleh itu aurat dan sentuhan antara ipar duai seperti wanita asing. Menghimpun­kan pernikahan antara adik-beradik diharamkan.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan diharamkan kamu menghimpun­kan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri kamu)…”(Surah Al-Nisa’, ayat 23)

Ayat ini menyebut larangan berkahwin dengan dua beradik sekali gus. Ini bermakna apabila seseorang isteri meninggal dunia atau diceraikan dan selesai iddah, suaminya boleh mengahwini adik atau kakak iparnya. Istilah orang Melayu menyebutny­a sebagai ‘salin tikar.’

Islam membenarka­n perkahwina­n dengan adik ipar selepas kematian atau berlaku perceraian dan selesai beriddah dengan isteri.

Hukum ini bukan saja membabitka­n adik-beradik isteri, bahkan juga ibu saudaranya sama ada sebelah ibunya atau bapanya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidak boleh dikumpulka­n antara seorang wanita dengan ibu saudaranya (sebelah bapa) dan tidak juga antara seorang wanita dengan ibu saudaranya (sebelah ibu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia