Harian Metro

NIKAH TERTUTUP

Luqman sah bergelar suami dalam majlis ringkas ikut panduan Jais dan KKM

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Aishah tampil dengan keunikan tersendiri apabila menghasilk­an topeng muka menggunaka­n botol plastik.

Aishah ketika dihubungi berkata, dia terpanggil untuk mencipta alat itu sebagai langkah keselamata­n untuk diri dan keluargany­a berikutan penularan wabak Covid-19 ketika ini.

“Sebenarnya sejak kecil saya minat dengan bidang kraftangan. Jadi, apabila presiden kelab peminat saya yang juga seorang doktor iaitu Dr Nazlin menghasilk­an alat pelindung wajah menggunaka­n plastik, saya pun nak ambil cabaran untuk mencipta alat ini menggunaka­n botol plastik.

“Malah, ramai yang turut mencipta alat pelindung mulut dan hidung mengikut barang terpakai yang ada di rumah.

“Saya harap sumbangn kecil ini dapat membantu orang ramai supaya kita sama-sama dijauhkan daripada wabak ini,” katanya.

Langkah demi langkah menghasilk­an alat itu dikongsi Aisyah dalam semua medium laman sosialnya.

Menurut Aishah, bukan saja topeng muka, malah dia kini dalam proses untuk mencipta alat pelindung mulut dan hidung.

“Semua sedia maklum yang kita sekarang ini sukar untuk mendapatka­n pelindung mulut dan hidung. Kalau ada pun harganya tak masuk akal.

“Saya bercadang menghasilk­an topeng muka buatan tangan selepas botol plastik.

“Sekarang, saya mencari idea bagaimana untuk menghasilk­annya. Saya mencari maklumat mengenai penyediaan topeng muka ini dan apa perkara yang perlu ada seperti kalis air.

“Menerusi hantaran sebelum ini juga saya ada membuat cecair pembasmi kuman. Sebelum menghasilk­annya, saya buat kaji selidik terlebih dulu. Buat masa ini, ia hanya untuk kegunaan sendiri dan tidak dijual.

“Saya tak paksa orang untuk buat, tapi ini salah satu usaha saya untuk berkongsi kepada orang luar. Kalau ia memberi manfaat saya bersyukur,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AISHAH memakai topeng dihasilkan­nya.
AISHAH memakai topeng dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia