Harian Metro

USAHAWAN, GURU TERNAKAN KELULUT

Secara purata kira-kira 300 kilogram madu diperoleh sebulan, dipasarkan ke seluruh negara AGRO

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Dengan hanya bermodalka­n RM2,000 untuk mula menternak lebah kelulut kini seorang wanita boleh berbangga dengan usaha yang dijalankan sejak enam tahun lalu.

Pengurus Aqif Kelulut Farm, Rohani Rani dan suaminya, Wan Mohd

Safri Wan Sulaiman kini mampu tersenyum dengan ternakan kelulut yang diusahakan di bawah Projek Komersial Ternakan di atas tanah seluas 14 ekar milik

Jabatan Pertanian Pahang di Tanah Putih, Pekan, Pahang membuahkan hasil lumayan.

Secara purata, kirakira 300 kilogram madu sebulan dapat diperoleh dan ia dipasarkan ke seluruh negara.

Bukan itu, saja, mereka turut menjual sarang kelulut kepada sesiapa yang mahu berjinak-jinak dengan ternakan kelulut.

Rohani berkata, menternak kelulut sebenarnya mudah, kurang risiko selain kos yang murah dan mempunyai permintaan pasaran yang tinggi namun tidak ramai yang mengetahui­nya.

“Saya bermula secara kecil-kecilan dengan modal RM2,000 dan lama-kelamaan selepas mengetahui selok-belok penjagaan kelulut ini, saya mula kembangkan.

“Bermula dengan hanya satu spesies, kini saya memiliki pelbagai spesies lain termasuk Trigona Itama, Trigona Thoracica, Trigona Apicalis, Trigona Binghami, Trigona Terminata, Trigona Canifron,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Rohani, spesies Itama lebih komersial dan mendapat permintaan tinggi kerana pengurusan­nya lebih mudah berbanding kelulut lain.

Kata ibu kepada dua anak ini, mencari log kelulut spesies itu juga lebih mudah selain ia lebih senang dijaga.

“Berbanding Thoracica, kelulut jenis itu mudah ‘merajuk’ dan kadangkala apabila madu diambil, ia seolah-olah tak suka dan tidak akan hasilkan madu pada bulan selepas itu.

“Bagaimanap­un, pada bulan berikutnya, kelulut

Saya bermula secara kecil-kecilan

dengan modal RM2,000 dan lamakelama­an selepas mengetahui selokbelok penjagaan kelulut ini, saya mula kembangkan

ROHANI

ini (Thoracica) akan kembali menghasilk­an madu namun uniknya, jenis itulah yang menghasilk­an paling banyak madu,” katanya.

Jelas Rohani, biarpun mudah, hanya penjagaan dan persekitar­an yang baik dapat membantu kelulut menghasilk­an madu lebih banyak dan berkualiti.

Katanya, perkara itu bagaimanap­un diabaikan ramai pengusaha.

“Kita perlu sentiasa pastikan ancaman terhadap kelulut seperti kumbang haptoncus loteus (kumbang pollen), black soldier fly (BSF), katak dan cicak dielakkan supaya kelulut dapat fokus terhadap penghasila­n madu.

“Sekiranya perkara itu tidak dilakukan, kelulut terpaksa ‘mengurangk­an’ kerja kerana perlu membuat kawalan terhadap ancaman sarangnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, pada 2016 berlaku serangan kumbang pollen sehingga dia terpaksa membakar 150 sarang kelulut untuk mengelak berjangkit kepada sarang lain.

Kata Rohani, dia mengalami kerugian besar ketika itu sehingga ada pihak tampil membuat kajian.

“Saya dan suami berusaha mencari jalan

 ??  ?? SARANG kelulut di ladang milik Rohani.
SARANG kelulut di ladang milik Rohani.
 ??  ?? SESI amali dengan peserta
kursus.
SESI amali dengan peserta kursus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia