Harian Metro

TERDEDAH KEPADA CACING KERAWIT

Walaupun jalan berkaki ayam ada kebaikan tapi ia turut beri risiko pada kesihatan

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Bulan lalu, penulis mendaki bukit di Puchong, Selangor dan terserempa­k seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang hanya berkaki ayam ketika melakukan aktiviti berkenaan.

Wanita itu cukup pantas mendaki dan menuruni bukit malah seolah-olah tidak berasa sakit.

Dia mendakwa, berkaki ayam semasa melakukan aktiviti rekreasi umpama urutan refleksolo­gi dan baik untuk kesihatan.

Namun, bagi mereka yang mengutamak­an aspek kebersihan, tentu berasakan ia perkara utama yang cuba dielakkan.

Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga Internatio­nal Medical School, Management & Science University (MSU), Dr Julie Mohamed berkata, tidak dinafikan amalan ini menjadi perdebatan ramai dan ia sebenarnya mempunyai kebaikan yang tidak diketahui umum.

Beliau berkata, berkaki ayam di atas permukaan yang bersifat semula jadi sama ada tanah, pasir dan rumput amat baik untuk keseimbang­an tubuh.

“Ini kerana ia boleh menguatkan otot untuk berdiri dan berjalan. Otot kaki yang kuat juga dapat memberi kekuatan kepada tulang belakang.

“Selain itu, ia dapat membaiki propriosep­si iaitu kesedaran seseorang mengenai posisi dan pergerakan tubuh badan.

“Gangguan pada propriosep­si boleh menyebabka­n seseorang hilang keseimbang­an, umpamanya terasa berpusing-pusing walaupun dalam keadaan tidak bergerak,” katanya.

Dr Julie berkata, kelebihan lain amalan berjalan berkaki ayam ialah membaiki biomekanik kaki iaitu bagaimana tulang, otot, ligamen dan fasia (tisu perantara yang membentuk sarung bagi otot atau lapisan perlindung­an mengelilin­gi organ) pada kaki berfungsi semasa bergerak di atas permukaan berbeza.

“Berjalan di atas pasir memberikan rintangan tinggi yang membuatkan otot terpaksa bekerja lebih kuat. Ini dapat menguatkan otot kaki, punggung serta tulang belakang,” katanya.

Menurut Dr Julie, jalan berkaki ayam turut memberi risiko kesihatan dan tidak boleh dipandang mudah.

“Ini kerana banyak organisme dalam tanah yang berpotensi menyebabka­n jangkitan seperti cacing, bakteria dan protozoa.

“Individu jalan berkaki ayam juga terdedah kepada cacing kerawit dan ‘cutaneous larva migrans’ yang boleh menembusi kulit tapak kaki serta menyebabka­n keradangan dalam badan.

“Contoh, cacing kerawit akan menembusi kulit tapak kaki manusia dan bergerak masuk ke dalam usus. Kemudian, ia boleh membiak dalam usus seterusnya mengambil nutrien daripada darah perumah,” katanya.

Beliau berkata, individu yang dijangkiti cacing itu akan mengalami masalah kekurangan darah dan perut menjadi kembung kerana cacing membiak dalam usus mereka.

 ??  ?? JANGKITAN ‘cutaneous larva migrans’ pada kaki
JANGKITAN ‘cutaneous larva migrans’ pada kaki
 ??  ?? DR Julie
DR Julie
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia