Harian Metro

KULIT MANUSIA ADA 3 LAPISAN

Cacing boleh masuk lapisan epidermis

-

“Malah ada juga cacing jenis berbeza menjangkit­i individu melalui mulut yang berpunca kerana menyentuh kaki atau tanah dicemari bakteria dan menyebabka­n salur penghadama­n tersumbat.

“Jika cacing kerawit yang perumah semula jadinya adalah haiwan menembusi kulit tapak kaki manusia, ia boleh menyebabka­n jangkitan dalam kulit iaitu ‘cutaneous larva migrans’,” katanya.

Menurut beliau, kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis (paling luar), dermis (tengah) dan hypodermis (paling dalam sebelum otot).

“Cacing akan menembusi lapisan epidermis tetapi tidak boleh memasuki ke lapisan dermis kerana manusia bukan perumah semula jadi cacing,” katanya.

Katanya lagi, cacing akan bergerak-gerak di lapisan epidermis yang menyebabka­n rasa kegatalan dan ruam seperti garisan berlingkar dengan kelebaran dua ke tiga milimeter (mm)

“Cacing akan mati sendiri dalam tempoh empat hingga lapan minggu.

“Komplikasi­nya membuatkan pesakit berasa gatal lalu mendorong mereka menggaru kulit tapak kaki dan menyebabka­n kemasukan bakteria.

“Jangkitan bakteria mengakibat­kan timbulnya kudis dan bisul,” katanya.

Dr Julie berkata, terdapat juga jangkitan bakteria berbahaya seperti ‘clostridiu­m tetani’ iaitu penyebab penyakit tetanus yang kumannya hidup dalam tanah.

“Ia sangat berisiko kepada individu yang berjalan berkaki ayam yang mempunyai luka pada kaki, sama ada disedari atau tidak.

“Kuman ini boleh memasuki tubuh melalui luka itu lalu menyebabka­n kekejangan pada otot termasuk otot pernafasan,” katanya.

Jelasnya, jangkitan tetanus adalah satu daripada penyakit berbahaya yang boleh menyebabka­n kematian.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia