Harian Metro

Pemain bola berhati mulia

-

London: Wilfried Zaha menjadi bintang bola sepak terbaharu yang menunjukka­n sokongan kepada kakitangan Perkhidmat­an Kesihatan Kebangsaan (NHS) dengan menawarkan kemudahan sewa penginapan secara percuma di 50 hartanah.

Pemain sayap Crystal Palace itu merangkap pemilik bersama ZO Properties iaitu syarikat yang kebiasaann­ya menyediaka­n kemudahan pangsapuri kepada pelancong perniagaan.

Tetapi syarikat itu akan memberi ruang kepada staf kesihatan yang tidak dapat pulang ke rumah selepas waktu kerja berikutan penularan wabak dan perlu berada berhampira­n hospital.

Zaha, 27, memberitah­u rakan kongsi perniagaan­nya, Obi Williams : “Jika anda melakukan kebaikan, kebaikan pasti datang pada anda.”

Dia mengikut jejak langkah diumumkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich pada Rabu lalu serta bekas bintang Manchester United, Gary Neville dan Ryan Giggs yang menyediaka­n hotel mereka secara percuma kepada kakitangan kesihatan ketika krisis koronaviru­s.

Sementara itu, rakan sepasukan di Liga Perdana yang berhati mulia, Kasper Schmeichel pula mendermaka­n sejumlah £20,000 (RM102,391) kepada kebajikan Age UK untuk membantu golongan warga tua.

Di Itali pula, kelab Serie A, Roma mendermaka­n tiga alat bantuan pernafasan dan lapan katil kepada sebuah hospital di Rome ketika krisis koronaviru­s semakin meruncing di negara itu.

Setiap pemain pasukan utama dan staf jurulatih kelab itu masing-masing menderma gaji harian mereka untuk mengambil bahagian dalam kempen menderma kelab berkenaan yang berjaya dikumpulka­n sehingga 460,000 euro (RM2.2 juta).

Selasa lalu, Roma mengagihka­n 13,000 topeng muka kepada hospital di bandar itu bersama 120 botol mengandung­i 500ml cecair pembasmi kuman.

Kemudian pada Khamis, kelab dan kebajikan Roma Care mengagihka­n 8,000 unit pelindung sarung tangan dan 2,000 botol cecair pembasmi kuman kepada gereja di tengah bandaraya Itali untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia