Harian Metro

SALAH, MANE SETIA

McManaman yakin gandingan berbisa Reds tak pandang kelab lain

-

Bekas pemain sayap Liverpool, Steve McManaman mendakwa tiada peluang langsung bagi Sadio Mane dan Mohamed Salah memikirkan untuk meninggalk­an The Reds.

Sekalipun dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid atau Barcelona kerana kehebatan dua kelab Sepanyol itu, ia dilihat tidak mampu mengatasi Liverpool yang juga kelab terbaik dalam dunia ketika ini.

Mane dan Salah dikaitkan dengan perpindaha­n ke Sepanyol berikutan prestasi mengagumka­n di Anfield.

Keupayaan Mane meledak 14 gol dan membantu tujuh jaringan sementara Salah menyumbat 16 gol serta membantu enam jaringan, memastikan penguasaan Liverpool di Liga Perdana.

Gandingan mereka menjadi antara barisan serangan yang ditakuti di Eropah dan tidak dinafikan berjaya menarik perhatian pasukan luar.

Begitupun, McManaman tidak menafikan mereka berdua berpotensi untuk meninggalk­an Liverpool pada bila-bila masa.

“Real Madrid sudahpun mempunyai Eden Hazard, mereka membawa Rodrygo musim panas lalu dan baharu sahaja membuat pelaburan kepada Reinier pada Januari. Jadi saya menganggap khabar angin mengenainy­a sebagai asam garam dalam bola sepak.

“Sekalipun begitu, apabila melihat pencapaian Liga Juara-Juara musim ini, pasukan terbaik dalam dunia ketika ini adalah pasukan Inggeris. Bukannya Real Madrid dan Barcelona.

“Kedua-dua pasukan itu baharu bermula semula dan membawa beberapa pemain baharu kerana mereka mempunyai musim mengecewak­an pada tahun ini, jadi mereka akan kembali untuk memperkuat­kan pasukan.

“Sebaliknya, saya tidak fikir ada sebarang kemungkina­n sama ada Sadio Mane atau Mohamed Salah akan pergi sama ada ke Real Madrid atau Barcelona” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia