Harian Metro

Smash tajam Zii Jia mampu gegar Tokyo

-

Lee Zii Jia mampu hadir sebagai pencabar utama pada temasya Sukan Olimpik Tokyo bermula Julai depan. Mungkin itu satu kenyataan yang cukup berani daripada saya, tetapi mengapa tidak kita percaya kepada kata-kata itu?

Bukan mahu terlalu memuji Zii Jia selepas berjaya mara ke separuh akhir Seluruh England pada penampilan pertamanya, namun hakikatnya ialah pemain berusia 22 tahun itu sememangny­a sudah mampu memberi cabaran kepada kelompok pencabar utama dunia.

Jika tidak, adakah sesuatu kebetulan apabila dia dapat menewaskan jaguh Indonesia, Jonatan Christie; bekas juara dunia dan emas di Sukan Olimpik, Chen Long dan hampir-hampir mampu menewaskan juara edisi Seluruh England kali ini dari Denmark, Viktor Axelsen di separuh akhir. Mana mungkin juga

Zii Jia kini mampu menduduki kelompok 10 terbaik dunia seperti yang disasarkan­nya sebelum ini.

Sudah tentu semua ini atas keupayaann­ya yang mampu bertemu dengan sesiapa pun lawannya dan berpeluang untuk menewaskan mereka. Cuma untuk konsisten menjadi pencabar utama di Olimpik, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki oleh Zii Jia.

Dia harus mengekalka­n prestasi konsisten ketika ini sehinggala­h ke Olimpik. Namun ia tampak agak sukar kerana tiada kejohanan yang berlangsun­g kerana wabak Covid-19.

Jadi Zii Jia perlu pandai mengekalka­n tahap kecergasan­nya itu dengan konsisten menjalani latihan secara bersendiri­an.

Senjata utamanya smash tajam juga harus diasah lagi. Banyak pemerhati sukan badminton termasuk saya tidak menafikan Zii Jia antara segelintir pemain di dunia yang mempunyai smash cukup tajam. Ayuh kita mula percaya kepada kemampuan

Zii Jia. Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia