Harian Metro

‘JADI TAK JADI PERKARA KEDUA’

MOM fokus tambah bilangan atlet layak ke Olimpik Tokyo

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahu fokus kepada kelayakan atlet bagi menempah tiket untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 24 Julai hingga 9 Ogos depan berbanding memikirkan penganjura­n terbabit mungkin dibatalkan atau sebaliknya. Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perkara terbabit menjadi kebimbanga­n pihaknya memandangk­an setakat ini hanya 12 atlet yang layak beraksi di temasya berkenaan.

Beliau berkata, hampir semua kejohanan ditunda terutama di peringkat antarabang­sa sekali gus memberi cukup peluang kepada atlet untuk membuktika­n kemampuan masing-masing seterusnya layak ke Sukan Olimpik.

“Kita akur kepada keputusan Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) yang mahu meneruskan penganjura­n Sukan Olimpik

Tokyo 2020 dan untuk itu kita akan cuba memastikan atlet dalam keadaan siap sedia.

“Cuma sekarang ini apa yang penting adalah atlet berkaitan perlu melepasi ujian kelayakan ke sukan terbabit. Setakat ini, hanya ada 12 atlet yang layak ke Sukan Olimpik dengan ia masih lagi jauh dengan sasaran untuk menghantar sekurangny­a 30 atlet pada temasya itu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, semua Jawatankua­sa Olimpik Nasional (NOC) Asia termasuk MOM mengundi untuk menyokong keputusan IOC yang mahu meneruskan penganjura­n Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengikut jadual asal bermula 24 Julai hingga 9 Ogos depan di sebalik ancaman terhadap penularan COVID-19.

Norza berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar penjelasan dan jaminan diberikan IOC pada persidanga­n video bersama semua wakil NOC Asia yang berlangsun­g selama satu jam setengah, baru-baru ini.

 ??  ?? IOC mahu meneruskan penganjura­n Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengikut jadual asal bermula 24 Julai hingga 9 Ogos depan.
IOC mahu meneruskan penganjura­n Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengikut jadual asal bermula 24 Julai hingga 9 Ogos depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia