Harian Metro

Musa akur silap sendiri

-

Kuala Lumpur: Kekangan kewangan ditambah kelewatan penerimaan penajaan daripada barisan penaja musim ini menyaksika­n Melaka United gagal melunaskan baki gaji tertunggak musim lalu dengan nilai keseluruha­n RM1.4 juta.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka

ken-‘ (Musa), Farhan Ibrahim berkata, pihaknya akur dengan keputusan Pelesenan Kelab (FIB) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin yang mengenakan hukuman pemotongan tiga mata ke atas skuad dalian Zainal Abidin Hassan yang beraksi dalam kempen Liga Super musim ini.

Malah katanya, Musa mengambil sepenuh tanggungja­wab dan enggan menuding jari kepada sesiapa atas kegagalan itu.

“Pihak Musa juga mengakui kegagalan yang mengakibat­kan pemotongan mata ini tidak bersangkut paut dengan keadaan politik semasa dan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“Tempoh masa yang diberikan pihak FAM untuk menjelaska­n segala tunggakan adalah wajar, ditambah pula tempoh lanjutan dipohon sehingga 14 Mac lalu oleh mantan presiden, Damian Yeo Shen Li,” katanya.

Kelmarin, pasukan Melaka United menerima tamparan hebat apabila FAM memutuskan pemotongan tiga mata ke atas skuad Hang Tuah serta merta.

Keputusan pemotongan mata itu diputuskan pada mesyuarat FIB yang dipengerus­ikan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara teleconfer­encing bersama ahli jawatankua­sa yang lain selepas mendapati Melaka gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

Tempoh masa yang diberikan pihak FAM untuk menjelaska­n segala tunggakan adalah wajar, ditambah pula tempoh lanjutan dipohon sehingga 14 Mac lalu oleh mantan presiden, Damian Yeo Shen Li”

Farhan Ibrahim

Ia sekali gus menyaksika­n kedudukan Melaka yang berada di tangga ketiga Liga Super dengan enam mata akan berubah susulan keputusan berkenaan.

Malah, Musa turut berdepan pemotongan tambahan enam sekiranya masih gagal menyelesai­kan juga baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga 30 April ini.

Farhan menegaskan, Musa yang kini dipimpin presiden baharu, Datuk Sulaiman Md Ali amat komited untuk melunaskan tunggakan itu.

“Namun dengan perubahan pucuk pimpinan Musa diketuai presiden baharu nanti, pihak kami yakin segala kekangan dan masalah ini akan dapat diselesaik­an dengan kadar segera bagi memastikan pasukan Melaka tidak dikenakan tindakan selanjutny­a iaitu pemotongan enam mata lagi sebelum 30 April 2020,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia