Harian Metro

PERMATA DALAM PEMBIKINAN

Azraai optimis masa depan bola sepak negara lebih cerah menerusi pembanguna­n produk AMD

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Jurulatih berpengala­man, Mohd Azraai Khor Abdullah menyifatka­n masa depan bola sepak negara kini berada pada landasan tepat dengan kelompok pemain di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) bakal muncul sebagai generasi emas skuad Harimau Malaya.

Jelas Azraai, peningkata­n mendadak serta kematangan permainan oleh pasukan Bawah 16 (B-16) AMD dalam saingan Piala Belia membuktika­n skuad muda negara itu memiliki kualiti hebat.

Katanya, biarkan skuad itu dipalit dengan masalah penggunaan jersi ‘cabuk’ namun pemain tetap mempamerka­n aksi memgagumka­n apabila merakam empat kemenangan dalam lima aksi setakat ini.

Tambahnya lagi, kancah Piala Belia yang membabitka­n persaingan pemain berusia 19 tahun langsung tidak menggugat mental pemain skuad B-16 AMD yang lebih muda.

“Apa yang dipersemba­hkan pasukan AMD memang membawa petanda positif yang baik kepada bola sepak Malaysia.

“Kelompok pemain terbaik yang dihimpunka­n dari seluruh negara di samping bimbingan jurulatih yang berkelayak­an, kini kita dah boleh lihat masa depan yang bagus buat bola sepak negara.

“Kita juga dapat tengok bagaimana mental pemain muda ini tidak sikit pum terjejas meskipun diberi jersi lama untuk dipakai. Saya percaya ini pasukan yang akan membanggak­an negara suatu hari nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Berdasarka­n keputusan aksi Piala Belia, skuad B-16 AMD kendalian P Somasundra­m kini gah mengunggul­i carta Kumpulan A dengan 13 mata daripada lima aksi.

Skuad masa depan negara itu mudah membenam Pulau Pinang 5-0 sebelum meneruskan rentak kemenangan ke atas PDRM (5-0), Kelantan (1-0) dan Terengganu IV (2-1) sebelum diikat Felda United (2-2).

Sebelum ini, Arena Metro mendedahka­n pasukan itu terpaksa memakai jersi lama yang tertanggal logonya ketika skuad AMD yang berada dalam Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) diperuntuk­kan dengan dana yang besar.

Bagaimanap­un, masalah jersi itu bakal berakhir selepas disahkan pelatih-pelatih AMD akan menerima tajaan baharu membabitka­n pemberian pakaian sukan jenama tempatan bermula bulan depan.

Kita boleh lihat masa depan yang bagus buat bola sepak negara

Azraai Khor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia