Harian Metro

MENJADI PENGGUNA LESTARI

-

PENGGUNAAN Lestari didefinisi­kan sebagai penggunaan produk atau perkhidmat­an untuk kegunaan asas dengan memberikan kualiti hidup yang baik sambil mengurangk­an penggunaan sumber asli dan mengurangk­an penghasila­n sisa sampingan. Pada masa yang sama, kitar hayat perkhidmat­an dan produk ini diambil kira supaya ia tidak menjejaska­n masa depan generasi akan datang.

Langkah pertama untuk menjadi pengguna yang lestari dengan memilih serta merancang pembelian barangan. Penggunaan yang tidak lestari akan menyebabka­n penggunaan sumber alam yang tinggi dan seterusnya meningkatk­an beban kepada alam sekitar. Pada masa yang sama, mewujudkan peningkata­n kos yang mendadak.

Pengguna harus membeli barangan untuk kegunaan jangka masa tertentu. Pembelian untuk tujuan menyimpan stok boleh menyebabka­n kepada pembaziran jika tidak digunakan sebelum tarikh luput. Ini dilihat sebagai pengunaan tidak lestari.

Konsep 3R (mengurang - reduce, menggunaka­n semula - reuse, dan kitar semula - recycle) boleh digunakan untuk mencapai penggunaan lestari dalam kalangan pengguna-pengguna Malaysia. Kurangkan penggunaan barangan yang tidak diperlukan. Hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja.

Pengguna harus sedar dan meneliti bungkusan produk, sama ada ia boleh diguna semula seperti bekas kosong, botol dan bahan yang berasaskan kertas untuk digunakan sebagai pembungkus barangan yang kita beli. Memilih bahan pembungkus­an yang baik juga membantu kita dalam mengurangk­an penghasila­n sisa pepejal. Pembelian produk-produk berasaskan botol kaca, dibungkus dengan bahan berasaskan kertas, pembungkus­an berasaskan logam dan bateri boleh cas semula membantu kita menggunaka­n semula bahan-bahan ini sebelum dihantar ke tempat kitar semula. Pengguna juga boleh membawa beg sendiri apabila membeli belah. Cara ini dapat mengurangk­an penggunaan dan pembuangan beg plastik dan seterusnya dapat menyelesai­kan masalah alam sekitar.

Amalan 3R

R pertama dapat membantu pengguna untuk mempraktis­kan R kedua iaitu kaedah guna semula (Reuse). Pengunaan semula bahan-bahan pembungkus­an yang dibeli oleh pengguna adalah penting untuk mengurangk­an penghasila­n sisa. Penggunaan semula bekas-bekas yang telah digunakan untuk menyimpan barangan yang sama (beli paket isi semula) atau barangan rumah yang lain; pakaian lama diguna semula sebagai kain perca, alas kaki, dan alas kusyen. Penggunaan keduadua belah muka surat menyimpan juga boleh dikatakan sebagai guna semula. Penggunaan barangan elektrik, pakaian, buku, perabot, dan barangan lain yang sukar untuk dibuang tidak boleh disimpan untuk jangka masa panjang. Jika barangan ini masih dalam keadaan yang baik, ia boleh didermakan kepada pusat komuniti dan sekolah. Sekiranya barangan tersebut tidak boleh digunakan lagi, ia boleh dibuang dengan menghantar­nya ke pusat-pusat kitar semula dan pusatpusat kutipan.

R yang terakhir pula ialah kitar semula (recycle). Ada di kalangan kita yang berpendapa­t kitar semula adalah industri yang bersih. Kitar semula sememangny­a memberikan impak kepada alam sekitar semasa pengekstra­kan bahan-bahan berguna. Walau bagaimanap­un, ia lebih mesra alam berbanding dengan penggunaan bahan mentah secara terus.

Industri di Malaysia perlu menjalanka­n Penilaian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment - LCA) untuk menggunaka­n sistem yang lebih baik dalam “Pengeluara­n Hijau”.

LCA menggarisk­an satu proses yang ketat di mana ia melihat kepada cara pemprosesa­n sumber bahan mentah dan pemprosesa­nnya yang melibatkan pengekstra­kan, pembersiha­n, pengangkut­an, pembuatan, sisa terhasil, jangka hayat, dan pembuangan. Jika sesuatu produk itu boleh dikitar semula, ia boleh menjadi sumber bahan mentah untuk industri yang lain. Terdapat pepatah yang berkaitan dengan alam sekitar berbunyi, “Sisa satu industri merupakan sumber industri lain”. Inilah yang dikatakan pendekatan cradle to cradle.

Sekiranya sisa-sisa mula digunakan untuk dijadikan sumber bahan mentah, kita dapat menjimatka­n kos yang tinggi dalam penggunaan bahan ini. Proses yang saling bergantung­an ini dapat memberikan manfaat kepada industri dan pengguna dalam pemelihara­an alam sekitar, pada masa yang sama menurunkan kos barangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia